Monday, July 7, 2008

MUBAHALAH

Assalamualaikum,

Dari mula lagi saya memang tidak setuju kalau upacara ini diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik sekarang, walau siapa pun yang berkata. Sebabnya ialah hukum Islam itu telah jelas, seisapa yang membuat pertuduhan, maka proses pengadilan mengikut hukum Islam hendaklah dilaksanakan.
Kalau sekiranya mubahalah ini hendak diadakan, ia ,mesti melibatkan banyak pihak lain yang berkepentingan, bukan sahaja Saiful dan Anwar, tetapi juga Najib dan begitu juga Mahathir, maka Mahathir perlu ditinggalkan?
Mubahalah ini berlaku pada zaman rasulullah s.a.w. apabila kumpulan Nasrani dari Najran datang menemui rasulullah s.a.w. untuk berhujah mengenai konsep ketuhanan yang menjadi asbabun nuzul bagi banyak ayat dalam surah Ali Imran. Akhir pihak Nasrani Najran tidak dapat mematahkah hujah rasulullah s.a.w. dan dengan sebagai jalan penyelesaian, rasulullah s.a.w. mengajak mereka bersumpah, seseiapa yang berada dipihak yang salah akan diturunkan bala kepada mereka. Pihak Nasrani Najran tidak berani untuk bermubahalah.
Kes diatas bersifat philosofikal. Maka ia layak diselesaikan secara mubahalah. Kes Anwar ini adalah kes jinayah syar'iyyah, yang termasuk dalam hukum hudud, maka hendaklah dilaksanakan tatacara hukum hudud.
Walaupun dari segi kelayakan untuk membincangkan hal ini, banyak lagi yang berwibawa, tetapi saya mengenangkan pesan rasulullah s.a.w. sampaikan dariku walaupun satu ayat, maka saya kemukakan juga pendapat saya di sini.
Saya buat rujukan pada kitab Qanun Jinayah Syar'iyah ddan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran dan Hadith yang ditulis oleh Haji Said Haji Ibrahim, bekas Mufti Negeri Sabah yang diterbitkan oleh Darul Ma'rifah, Kuala Lumpur, 1996.
28. (1) Kesalahan zina (juga liwat) adalah suau kesalahan jinayah syar'iyah yang wajib dikenakan hukum hudud ke atas mereka yang melakukan kesalahan zina itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam 15 ceraian (2) dan (3) yang berdalilkan firman Allah Taala dalam Surah An Nur ayat 2 yang disebut dalam perkara 15 (1) dan ditahsiskan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Abu Daud yang disebutkan dalam perkara 12 (4)
(2) Untuk mensabitkan seseorang itu dalam kes zina yang wajib dikenakan hukum hudud mestilah dibukti dengan salah satu perkara-perkara berikut.
(i) Perzinaan itu hendaklah disaksikan oleh empat orang saksi. Firman Allah Taala:
وَاللاَّتِييَأْتِينَالْفَاحِشَةَمِن نِّسَآئِكُمْفَاسْتَشْهِدُواْعَلَيْهِنَّأَرْبَعةًمِّنكُمْ

Dan (terhadap) para wanita yang mengerjakan perbuatan keji, hendaklah ada empat orang saksi diantara kamu (yang menyaksikannya).
An Nisa': 15
(ii) Iqrar (pengakuan) daripada orang yang melakukan zina. Iqrar ini hendaklah dibuat dihadapan Imam (ketua negara) atau wakilnya seperti hakim atau kadhi.
(iii) Qarinah, iaitu perkara-perkara yang menunjukkan berlaku perzinaan, misalnya hamil (mengandung) bagi perempuan-perempuan yang tidak bersuami, atau tidak diketahui perempuan itu ada suami.
29. (1) Saksi-saksi yang layak untuk menjadi saksi dalam kes kesalahan berzina yang boleh diterima penyaksiannya ialah mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:
(i) Saksi-saksi itu mestilah empat orang yang semuanya terdiri daripada orang laki-laki - tidak diterima penyaksian orang perempuan.
(ii) Baligh, iaitu orang yang telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh sayara'.
(iii) Berakal, iaitu yang orang yang mempunyai akal fikiran yang yang waras dan yang cukup sempurna akal fikirannya.
(iv) orang yang adil, iaitu orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar, dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil.
(v) Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya masuk kemaluan lelaki itu ke dalam kemaluan perempuan itu seperti lidi celak masuk ke dalam tabungnya, atau sepereti keris masuk ke dalam sarungnya.
(vi) Keterangan saksi-saksi itu mestiolah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki masuk zakar lelaki itu ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku - bukan secara qiyasan
(vii) Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa)
(2) Seseorang yang mendakwa bahawa seseorang perempuan melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki, dakwaan itu adalah dianggap sebagai qazib, iaitu menuduh seorang berzina secara melulu yang wajib dikenakan hukuman hudud (disebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Firman Allah Taala.
وَالَّذِينَيَرْمُونَالْمُحْصَنَاتِثُمَّ لَمْيَأْتُوابِأَرْبَعَةِشُهَدَاءفَاجْلِدُوهُمْثَمَانِينَجَلْدَةً
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera
An Nur:4
30. (1) Seseorang lelaki atau perempuan yang mengaku bahawa ia telah berzina tidak boleh disabitkan kesalahan mereka berzina dengan hanya pengakuan itu sahaja, kecuali cukup syarat-syarat pengakuan mereka, iaitu:
(i) Pengakuan itu mestilah dibuat dan dikemukalan di mahkamah di hadapan hakim atau wakilnya.
(ii) Pengakuan itu mestilah datang dari orang yang mempunyai pemikiran yang waras dan siuman.
(iii) Pengakuan itu mestilah dibuat oleh orang yang telah dewasa mengikut perhitungan syara'
(iv) Pengakuan itu mestilah dibuat secara lisan, iaitu dengan mulut dan lafaz, kecuali orang yang bisu boleh diterima pengakuannya dengan tulisan atau isyarat yang dapat difahami.
(v) Pengakuan itu mestilah dibuat dengan cukup terang dan jelas mengenai perbuatan zina yang dilakukan oleh mereka, tanpa menimbulkan sebarang keraguan dan kesamaran.
(2) Seseorang yang mengaku bahawa ia telah berzina hendaklah dibuat pengakuan itu di mahkamah dihadapan hakim. Tidak sah pengakuan itudibuat dihadapan orang lain selain daripada hakim atau wakilnya. Syarat ini adalah merujuk kepada kes Ma'iz bin Malik yang diriwayatkan daripada Abi Said Al Khudri bahawa rasulullah s.a.w. telah menyuruh sahabatnya merejam Ma'iz yang telah mengaku di hadapan Rasulullah s.a.w. bahawa ia telah berzina.
.......dan anda boleh rujuk sendiri kitab tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
Untuk menyelesaikan kekusutan ini biar hukum syara' dijalankan. Mubahalah tidak menyelesaikan isu ini.