Monday, September 29, 2008

BOLEHKAH KELANTAN BUAT BEGITU?

Assalamualaikum,


Pernah dalam bulan Julai 2008 saya tulis satu artikel mengenai perlunya memerah otak untuk menghasilkan creation of weatlh. Saya tujukan idea dalam artikel tersebut kepada negeri Kelantan kerana pertama ia diperintah oleh PAS, kedua, tuduhan yang dilemparkan kepada Kelantan sedikit sebanyak memang benar dan sukar untuk ditangkis tanpa bukti. Sila rujuka artikel tersebut. Dan semalam kita telah lihat yang saya maksudkan dengan business acumen dalam artikel tersebut.
Ahad yang lepas dunia menyaksikan satu sejarah dalam lumba kereta apabila Singpura menjadi tuan rumah kepada lumba yang pertama kali diadakan dalam sejarah. Lumba kereta waktu malam. Semasa menteri kerajaan Singapura yang bertanggung jawab tentang lumba ini ditemu bual oleh sebuah setesen tv Malaysia, saya terpesona dengan idea yang mereka punyai dan bagaimana mereka bersungguh menjayakan idea tersebut.
Apa yang saya tekankan di sini ialah akiviti atau acara ini adalah satu lagi punca pendapatan kepada negara tersebut dan juga sumber promosi yang penting untuk menarik pelabur, pelancong dan wang untuk masuk ke negara itu. Dengan ini, ekonomi negara tersebut dapat suntikan tambahan dana yang akan menambahkan lagi kesejahteraan material negara tersebut.



Apa yang saya ingin cadangkan kepada Kelantan ialah bukan buat aktiviti lumba kereta, tetapi ambil pengajaran daripada bagaimana manusia menggunakan kekuatan otak dan kekuatan berfikir serta kreativiti untuk mencipta mahsul dan mendatangkan kesejahteraan kepada rakyat. Biarlah Tok Guru memikirkan bidang hukum untuk mentadbir Kelantan, tetapi mereka yang disekeliling TOk Guru hendaklah sentiasa mencari cara dan jalan untuk menambahkan lagi prestasi ekonomi yang ada ditahap sekarang agar ia terlonjak dan terpecut kehadapan sehingga bukan sahaja Kelantan jadi Serambi Mekah, tetapi juga gudang gula yangdikerumuni oleh semut.
Anda pernah pergi shopping di Rantau Panjang? Mula mula seronok, tetapi kalau anda pergi dua tiga kali, anda akan rasa jemu. Saya sendiri rasa muak. Sebabnya ialah tiada peningkatan dari segi barangan yang ditawarkan, samada kualiti, jenis dan kepelbagaian. Kedua, citarasa manusia telah berubah, dengan daya beli pengguna yang telah meningkat, barangan yang ditawarkan di gerai gerai Rantau Panjang tidak berupaya menarik pengunjung untuk berbelanja lebih banyak. Kalau ingin beli barang berjenama, Rantau Panjang tidak mampu menawarkannya. Sampai bila pengunjung hendak beli levis tiruan?
Jadi kalau ada orang yang ingin berbelanja di Kelantan, tetapi mencari komputer, ia akan pergi ke Low Yatt, KL. Kalau nak cari kamera berjenama, cari di KL. Kalau nak beli pakaian yang berjenama, cari di KL dan seterus dan seterusnya. Kalau berbelanja di Kelantan, pengguna terpaksa beli barangan kelas 3 atau barangan tiruan dari Siam. Pengguna sekarang tidak mahu itu lagi!
Pengguna mahu, rakyat mahu dan orang PAS luar Kelantan mahu Kelantan setanding dan sederap dengan mana mana tempat shopping yang terdapat di Malaysia ini. Kelantan kena jadi seperti Pulau Pinang, seperti Singapura , seperti Hong Kong, seperti Dubai dan mana mana tempat bershopping yang bertaraf dunia.
Untuk mencapainya, mereka yang mengendali Kelantan kena fikir dan fikir dan fikir. Kena kreatif, dan kreatif dan kreatif.