Tuesday, September 30, 2008

CERPEN CYBER

Ini adalah cerpen cyber pertama di dunia


Genre: cerpen cyber
Penulis: Hamirdin B. Ithnin
Nama Pena: hamirdin
Definisi: Cerpen cyber ialah cerpen yang anda tulis sendiri, terbitkan sendiri dalam masa beberapa minit sahaja. Tidak ada penilai. Sebab penilain itu subjektif
Kelebihan: 1. Anda tidak bergantung kepada pihak kedua atau ketiga untuk menerbitkan cerpen anda. 2. Anda dapat kepuasan sendiri.
Kelemahan: mungkin anda syok sendiri



NAS DEMOKRASI

Tuan tuan dan puan puan sekelian, undilah Parti Bahtera, anda akan sejahtera.
Itulah tadi seruan calon kami Datuk Seri Ahmad Seri, yang tuan tuan telah kenal dan tidak ada masalaah untuk mendapatkan khidmatnya.
Hebat kau Mansor, sebagai campaign manager Datuk Seri kau memang betul handal. PRU 1964 ni memang Bahtera akan bolot habis.
Tuan tuan dan puan puan, di kampung Ceruk Tok Pakir ni rahmat Allah telah turun, kita semua dah cukup semua, tidak perlu lagi kita bawa pembangunan yang sebenarnya maksiat. Saya Lebai Kasim, sebagai calon Parti Bulan DiPagar Bintang (BPB) mengajak tuan tuan menolak Parti Bahtera, kerana sekiranya menang, mereka telah merancang untuk membina kasino di kampung ini tuan tuan. Kononnya untuk membawa pembangunan di negeri ini dan di daerah ini.
Semalam Lebai Kasim berceramah di sini minta pengundi sini tolak Parti Bahtera, itu adalah satu taktik kotor yang kolot. Kalau kita buat kasino di sini, tuan tuan akan dapat pekerjaan. Rezeki akan datang mencurah curah.
Lihat Las Vegas, ditengah gurun, cicak pun tak boleh hidup, tapi dimajukan kasino, sekarang menjadi kaya raya. Kita sangat prihatin kepada rakyat. Kita parti Bahtera mahu rakyat senang. Undi Bahtera, tuan tuan sejahtera.
Majlis kempen mempersilakan Ustaz Ramlan, Yang Dipertua PBP di kawasan parlimen ini, silakan...
Seperti yang di peringatkan oleh calon kami, saya ingin mengingatkan pengundi di sini, kasino itu rumah judi, judi adalah haram. Ini nas qat'ei. Parti BPB ingin membawa tuan tuan ke jalan selamat dunia dan akhirat. Baldatun Taiyibatun Warabbun Ghaffur.
Baik tuan tuan, saya sebagai returning officer di sini; kita mulakan pengiraan undi.
Bahtera
Bahtera
Bahtera
Bahtera
Bahtera
Bahtera
Bahtera
Bahtera
Bahtera
Bahtera
Bahtera
BPB
Bahtera
Bahtera
Bahtera
Bahtera
BPB
Bahtera
Hidup Melayu!Hidup Melayu!Hidup Melayu! Rakyat telah membuat keputusan. Rakyat telah memilih saya calon Parti Bahtera untuk memenangi pilihanraya ini.
Rakyat mahukan pembangunan. Rakyat telah menggunakan nas demokrasi. Lemparkan Nas qat'ei!