Friday, September 12, 2008

UMNO BUAT SEMUA BOLEH, KALAU PAS KENA HENTAM

Assalamualaikum,


Melihat betapa brutalnya orang Mat Seme'i menanggalkan gambar Koh SK dari tempatnya dan kemudian mengoyak ngoyakklan gambar mantan KM Pulau Pinang itu menimbulkan rasa meluat dan jijik terhadap sikap racist melampau UMNO. Kalau rakyat Malaysia nak tahu, itulah sebenarnya sikap kebanyakan orang UMNO di Malaysia ini. Dalam kursus kursus dalaman yang mereka kendalikan itulah ajaran dan zikir yang mereka amalkan dsn perturunkan kepada ahli mereka dan juga disogokkan kepada orang Melayu lain yang sedia menjadi pak turut.
Perbuatan tersebut adalah satu perbuatan yang racist yang sangat ekstrim, yang sebenarnya adalah satu pembuka tirai kepada lebih banyak sifat hodoh yang terkandung dalam diri mereka. Sifat ini sama seperti apartheid, zionism, fascism, nazism, serb nationalism dan semua ism ism ekstrim lagi fanatik di dunia ini. Bagaimana orang waras boleh menyokong serta mendokong fahaman songsang, ekstrim dan fanatik ini?
Yang menyakitkan hati ialah tidak ada pun media perdana yang menyokong serta mendokong fahaman ini memberikan sebarang liputan. Apatah lagi ulasan. Ini membawa kita untuk membuat andaian bahawa apa yang dilakukan oleh konco Mat tersebut menerima restu daripada mereka. Kalau tidak tentulah mereka akan bergempita untuk menyanggah perlakuan tersebut.
Dalam salah satu muktamar PAS yang silam, di zaman PAS belum lagi mempunyai tempat sendiri untuk bermuktamar, dewan di DBP telah disewa untuk digunakan bagi tujuan tersebut. Pada dewan tersebut tergantung gambar Perdana Menteri Malaysia pada masa itu. Seorang petugas PAS telah mengalihkan gambar tersebut ke kedudukan yang lain, mungkin dengan beranggapan ia tidak membawa apa apa implikasi.
Perbuatan mengalihkan gambar tersebut telah dimanipulasi oleh media dengan menghentam PAS dengan tuduhan yang sangat liar, seolah olah PAS telah melakukan satu jenayah yang sangat besar, dan PAS sepatutnya menjalani hukuman gantung.
Cuma alih gambar, PAS kena hentam seteruk teruknya.
Tetapi, kepada otak yang racist, mengoyak gambar tu sangatlah santun.