Monday, September 8, 2008

USTAZ AZIZAN BOLEH USAHA ELAKKAN BANJIR DI KEDAH

Assalamualaikum,

Pertama saya harap tulisan saya mengenai banjir salah dan tidak menjadi kenyataan, kerana banjir menyebabkan rakyat susah. Tetapi setelah posting saya mengenai amaran banjir, maka beberapa tempat telah dilanda banjir, ada yang teruk, seperti di Pulau Pinang dan bandar Kajang.
Negeri Kedah juga kena banjir. Kalau boleh saya harap negeri negeri yang di perintah oleh PAS tidak kena banjir, kalau kena pun dengan kadar yang minima. Berlakunya banjir tidak boleh dielak, tetapi kadarnya mungkin kita boleh doakan kepada Allah agar diminimakan. Saya harap ustaz Azizan doakan agar Kedah tidak dilanda banjir.
Ustaz kan selalu sembahyang malam.
Bagi negeri negeri yang MB atau KM tak sembahyang malam, suruh le!