Monday, October 27, 2008

PAK SHREWD VS PAK LEBAI

Assalamualaikum,


Ada seorang kawan saya, bekas YB UMNO bernama Mahadir Khir sering becakap di media perdana mengenai survival orang Melayu semasa isu liwat 1 memuncak dulu. Dalam politik, untuk menentukan survival, seseorang itu kadang kala perlu bertindak secara shrewd. Makna shrewd ini ialah demi survival, kalau lawan itu perlu disembelih, maka sembelih lah dia.
Contoh shrewd ini ialah kes macam mana mantan menteri besar Selangor Abu Hassan Omar disungkurkan dari tahta politik Selangor.Beliau diaibkan dengan isu anak luar nikah, disertai dengan penerbitan makalah mengenai beliau dalam akhbar Java Post yang orang Malaysia tidak baca pun. Pengaiban tersebut siap dengan segala detail yang tidak mungkin dapat diperolehi oleh orang biasa. Menteri besar tersebut tersungkur, dan saya percaya agenda politik yang dirancang pada ketika itu berjalan lancar setelah tersungkurnya penghalang tersebut.
Lebai dalam politik ialah mempercayai sesuatu atau seseorang secara tidak ketahuan arah, baik tidak berpada dan lurus bendul. Persepsi orang politik Malaysia ialah unsur ini boleh didapati pada PAS. Contoh unsur lebai ini bila PAS bersetuju bekerjasama dengan S46 hanya dengan S46 mengatakan mereka setuju Islam sebagai addeen. Memberi laluan kepada Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya 2008 juga adalah sifat lebai.
Dalam beberapa kes terkini sekarang, seperti yang melibatkan Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin sebagai contoh, perlu diambil pendekatan pak shrewd ke atau pak lebai?