Thursday, October 30, 2008

WAU BARU DI KOTA BARU

Assalamualaikum,



Negeri Kelantan memang terkenal dengan permainan tradisi yang dikenali sebagai wau, di negeri negeri lain ia dikenali sebagai layang layang. Wau ini sudah menjadi satu icon bagi negeri Kelantan.



Semasa berjalan jalan di Kota Baru semalam dan hari ini sekitar Jalan Temenggong, Jalan Tok Hakim, Jalan Buluh Kubu dan Jalan Sultanah Zainab sebagai menyebut sebahagian sahaja, saya terpesona dengan bunyi kicapan seperti kicapan burung. Bunyi ini saya dengarkan semakin gamat dan gegak, tetapi ada sesuatu yang tidak kena, kerana bunyi tersebut tidak mempunyai lengguk seperti yang keluarkan oleh burung. Maka lantas saya menduga ia adalah bunyi artificial, atau bunyi yang dibuat buat, atau bunyi dari sumber rakaman.



Saya segera mendongak ke atas dan saya amati banyak burung layang layang berlegar legar, tetapi saya masih lagi belum dapat memastikan dari sumber mana bunyi yang berterusan tersebut keluar. Saya bertanya kepada seoarang yang berada di situ, di Jalan Tok Hakim, mengenai bunyi tersebut, dan beliau memberi tahu saya bahawa bunyi tersebut adalah bunyi rakaman untuk memujuk burung layang layang masuk ke dalam sarang yang disediakan supaya burung bersebut membuat sarang di situ.
Orang tersebut menunjukkan kepada saya sebuah bangunan yang dindingnya telah dilubangkan untuk membolehkan burung keluar masuk melaluinya. Anda boleh lihat gambar di atas. Ini adalah sebenarnya aktivit komersil menternak sarang burung layang layang yang boleh membawa pulangan yang lumayan. Aktiviti yang sama juga boleh didapati di Taiping dan beberapa bandar lain lagi di Malaysia.
Kalau di Sabah dan Sarawak burung layang layang ini membuat sarang dalam gua , tetapi manusia telah menggunakan kreativiti untuk memujuk burung tersebut membuat sarang di tempat yang ditetapkan. Dengan itu kerja mengambil sarang tersebut menjadi lebih mudah dan lebih menguntungkan.
Kegiatan ini akan menjadikan populasi burung ini bertambah banyak nanti, apabila semakin banyak lagi tempat tempat perumahan burung baru dibuka. Ini akan menjadikan kota baru sebuah bandar yang mungkin mudah dicemari dan dikotori oleh tahi burung ini. Saya juga turut mengkhuatiri bertambahnya populasi burung jenis ini akan menyebabkan populasi burung burung jenis lain, terutamanya gagak turut meningkat. Ini akan menyebabkan masalah alam sekitar yang merugikan kepada Kota Baru.
Kota Baru perlu kekal sebagai bandar pelancongan yang penting bagi Negeri Kelantan. Naiknya inej Kota Baru akan bermakna bertambahnya pendaptan Negeri Kelantan. Sekiranya aktiviti menternak sarang burung ini semakin maju di Kota Baru, maka pendapatan tokeh tokeh yang terlibat akan bertambah.
Pendapatan Negeri Kelantan tak dapat tiada akan tumpah ranap ke bawah.