Sunday, March 1, 2009

SIVAKUMAR MINTA GEMPAR, UMNO BERI GELABAH

Assalamualaikum,

Apabila speaker DUN Perak memanggil mesyuarat tergempar, maka berkokoklah semua jongos UMNO. Daripada yang paling besau sampai yang paling bilis. Semuanya mengatakan tidak mengikut perlembagaan. Tidak mengikut undang undang. Tidak mengikut prosedur.

Najib bernada macam itu. Zambry kokok yang sama. Dan sekarang Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri berkata mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) 8(1) yang perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan berkehendakkan perkenan Tuanku Sultan untuk memanggil apa-apa sidang Dewan Negeri sama ada dalam keadaan biasa atau tergempar.


Apa yang jelas ialah UMNO bukan hendak menyelesaikan kemelut politik Perak, tetapi hendak bergayut pada tampuk kuasa haram yang mereka curi daripada PR. Kepentingan dan maslahah rakyat tidak diambil kira. Yang penting ialah tampuk kuasa yang sedikit ada dihujung kuku dipertahan habis habisan.


Sivakumar hendak buat mesyuarat tergempar. UMNO tunjuk gelabah.


Kerana mereka sungguh dalam keadaan sangat gelabah.