Monday, March 2, 2009

YANG KEBAL HANYA KERETA

Assalamualaikum,

Kekebalan institusi raja telah di robek oleh UMNO. Kekebalan yang dipunyai dan dikuasai oleh pemegang keris Taming Sari telah lupus, sebab Taming Sari sudah bertukar bentuk menjadi sebuah menara.


Kekebalan ahli parlimen dalam parlimen juga ingin dieobek oleh UMNO kerena ahli parlimen menggunakan perkataan celaka dn apartheid terhadap UMNO. Ini sangat sangat, sangat sangat menggores UMNO, kerana apa yang sebut oleh ahli parlimen tersebut benar benar menggambarkan sifat UMNO yang paling tepat.


Jadi kalau semua yang kebal telah ditarik semula kekebalan mereka, apa lagi yang kebal?

Saya tahu, yang kebal hanyalah kereta kebal. Sampai bila bila pun ia akan kebal.


Dan inilah yang bermain dalam fikiran aku. Mungkinkah esok kereta kebal mengepung DUN Perak?