Sunday, April 12, 2009

ANWAR IBRAHIM PM?

Assalamualaikum,

Berita tersebar mengenai persidangan Asean di Pattaya dibatalakan kerana gangguan daripada para pemerotes. Ini adalah sidang antarabangsa pertama yang di hadhiri oleh Najib sejak jadi PM. Ini menunjukkan Najib ada jinx.

Dia mewarisi dan melengkapkan teori Rahman. Maka dia adalah penyudah. Dia sentiasa dikejar oleh hantu mongolia. Kita tidak tahu apa yang akan tersingkap dan terlondeh perbicaraan Antantuya.

Dia mencadangkan one Malaysia. yang tidak difahami oleh rakyat malaysia, sehingga ramai yang anggap itu sama dengan malaysians' malaysia. Dan ada juga yang faham ia seorang gadis bernama wan Malaysia.

Islam Hadhari telah mati, dan Najib tidak mampu untuk menjadi imam bagi membacakan talqin kepadanya. Orang wan Malaysia hendak juga menjadi makmum kepada pm, sekurangnya dalam solat magrib.

Dalam keadaan yang penuh jinx ini, hayat pemerintahan Najib akan sangat singkat. Siapa yang akan menggantikan beliau sebaik hayat ini habis?

Mahyuddin?
Atau Anwar Ibrahim?