Friday, April 17, 2009

BILA TANGKAP ISA SOROK, BILA LEPASKAN BERKOKOK

Assalamualaikum,

Diberitakan tiga orang lagi telah ditangkap di bawah akta drakonian ISA.

Abdul Matin Anol Rahmat ditahan di rumahnya di Ulu Tiram, Johor pada 1 April, dua hari sebelum Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam.

Beliau ditahan bagi siasatan berhubung gerakan Jemaah Islamiah (JI), kumpulan pengganas di Asia Tenggara yang dikaitkan dengan al-Qaeda.

Abdul Matin mengikut jejak menantunya Zaini Zakaria yang meringkuk di kem tahanan Kamunting, Perak selama lima tahun sehingga 13 Februari lalu.

isa handcuffsAgus Salim yang berasal dari Medan, Indonesia ditahan di sebuah restoran tempatnya bekerja di Larkin, Johor pada 5 Mac.

Seorang lagi Johar Hassan diura-urakan turut ditahan tetapi tiada maklumat lengkap mengenai penahanannya.

Inilah tindakan zalim yang dibenci oleh Islam.