Monday, April 27, 2009

MENCARI JAMU

Assalamualaikum,

Perkara yang paling menggerunkan UMNO/BN sekarang ialah beralihnya sokongan non-Melayu daripada UMNO/BN kepada PR. Pilihanraya kecil Bukit Gantang jelas memberi gambaran tentang bagaimana pengundi non-Melayu memberi sokongan mereka kepada PAS dan PR.

Bagi daerah daerah mengundi yang majoriti Cina, saperti Dalam DUN Changkat Jering, pada daerah mengundi Simpang Baru, 84% pengundi menyokong PAS. Dalam DUN Kuala Sepetang, dalam daerah mengundi Kuala Sepetang dan Jalan Mangala, 84% dan 64% pengundi memilih PAS. Hatta dalam DUN Trong pun, pada daerah mengundi Pasir Hitam Trong, 50% pengundi memilih PAS.

Oleh itu, para strategis yang mengelilingi Najib sedang mencari jamu yang paling sesuai dan mujarab untuk mengatasi petaka yang sedang menimpa mereka ini. Oleh itu, mereka telah mencadangkan agar Kementerian Keusahawanan Dan Koperasi ( MECD) dihapuskan, dengan itu mereka berharap ini akan membuka mata non-Melayu agar menganggap kerajaan Najib sekarang ini memang betul bersifat wan malaysia, iaitu tidak memberi keutamaan hanya kepada orang melayu sahaja, tetapi lebih baik daripada itu, dengan meranapkan tempat pergantungan pengusaha kecil melayu untuk bergantung.

Mungkin ini juga pada penilaian para strategis ini tidak mencukupi, maka pegangan 30% bumiputra yang selama ini dipertahankan oleh jagoan ketuanan Melayu, turut sama diranapkan oleh wan malaysia ini. Tetapi tidak kedengaran pula bantahan dan demo daripada pihak ketuanan melayu ini, juga NGO yang bergayut pada UMNO juga tidak kedengaran decit mereka.

Hal convert kepada Islam yang berkaiatan dengan hak penjagaan dan ugama anak juga diputuskan dengan segara. Hal ini akan memberi implikasi yang besar kepada ketenangan dalam hal keluarga yang terlibat dengan convert ke dalam Islam. Biasanya hal hal seperti dirjujuk dulu kepada mufti dan institusi sultan, tetapi kerana UMNO perlu bernafas segera, maka semua bendul bendul ini dilangkah mereka.

Dalam hal ini tidak ada suara pula yang mengatakan UMNO derhaka, kerana kalau UMNO yang lakukan, semuanya betul aje.

Dan kita akan saksikan nanti ada banyak lagi perkara membaham orang melayu yang sedang dirancang oleh pemerintahan ini, semata mata kerana ingin mencari sesuatu yang akan mengemblikan sokongan non-Melayu kepada BN.

Itulah yang mereka sedang cari. Jamu