Thursday, April 30, 2009

PILIHANRAYA KECIL DI SELANGOR PUN OK GAK!

Assalamualaikum,

ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan yang sedang ditahan di bawah ISA, dipercayai sedang menimbang untuk mengosongkan kerusi tersebut, demikian Malaysiakini difahamkan.

Satu sumber yang rapat dengan peguam tersebut berkata, beliau semakin kecewa kerana tidak dapat memberi khidmat kepada para pengundinya di DUN tersebut.

Manoharan ditahan di bawah ISA pada 13 Disember 2007 bersama empat lagi pemimpin Hindraf.

Beliau merupakan penasihat undang-undang Hindraf, yang telah diharamkan oleh kerajaan.

Manoharan bertanding atas tiket DAP di DUN Kota Alam Shah, Selangor dalam pilihanraya umum tahun lalu, dan berjaya menewaskan calon BN dari Greakan, Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.

Gambar di atas adalah isteri beliau S Pushpaneela yang menjadi pengganti kepada beliau untuk berkhidmat kepada pengundi.