Sunday, April 5, 2009

NAJIB TERLAMBAT TEKAN BREK

Assalamualaikum,

Walau pun beberapa gimmik dilakukan oleh Najib untuk merawat serta memulihkan UMNO, secara memulihkan imej beliau di mata umum, namun apa yang beliau lakukan sebenarnya sudah terlambat. Gelongsor yang dihadapi UMNO tidak semudah itu untuk dibrek.


Dengan menarik semula larangan terhdapa Harakah dan Suara Keadilan, serta membebaskan 13 tahanan ISA, serta lawatan tanpa pemberitahuan ke Petaling Stree tempat orang Cina, ke Vista Angkasa dan Kampung Kerinchi tempat orang Melayu dan Brickfields tempat orang India, para strategis Najib berharap gelongsor tersebut dapat di brek. Jawabnya ialah jauh panggang dari api.


Perhatikan apa yang Syed Hamid Albar kata mengenai ISA: Syed Hamid berkata, ISA satu bentuk pemulihan bukan hukuman dan prinsip itu akan terus digunakan bagi memastikan baki tahanan akan insaf dan sedia membantu mendukung aspirasi negara pelbagai kaum ini.[utusan malaysia 5 April 2009]


Ini bermakna, ISA akan terus digunakan oleh UMNO selagi meraka berkuasa. Jadi melepaskan 13 tahanan ISA bukan satu isyarat yang mereka bersedia memasuhkan akta zalim lagi menganiaya tersebut, tetapi ia akan terus digunakan. Walau pun ia ternyata zalim.

Masuknya semula Mahathir kepada UMNO bukan sesuatu yang boleh menguatkan UMNO. Malah itulah baji yang memecah belahkan UMNO dengan lebih teruk lagi. Juga jangan terperanjat sekiranya media luar negara mendedahkan satu persatu hal Najib yang akan meletakkan beliau dalam keadaan serba salah yang berterusan.

Gelongsor yang sedang UMNO alami sekarang, tidak boleh dibrek lagi.