Monday, May 11, 2009

BOLA DI GELANGGANG ISTANA

Assalamualaikum,

Dalam masa beberapa jam ini sesuatu yang sangat penting insyallah akan berlaku untuk memberi kelegaan kepadarakyatPerak setelah didera dengan begitu zalim dan memedihkan oleh BN. Rakyat Perak amat kasih dan amat sayang serta amat menjunjung tinggi Sultan mereka yang dikasihi.


Dalam masa beberapa jam ini rakyat Perak mengharapkan kasih mereka, taat mereka, kesetiaan mereka kepada Sultan dihargai oleh baginda. Dan seterusnya rakyat Perak, dan dengan itu juga seluruh rakyat Malaysia akan terus memuliakan, akan terus menghormati,akan terus menyayangi, akan terus menjunjung tinggi institusi kesultanan di negara ini.


Inilah yang selama ini dijazamkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Dan dalam masa beberapa jam ini, institusi ini insyallah akan membalas hormat dan ta'zim dan kemuliaan yang dihimpunkan kepada institusi ini dengan meraikan hasrat rakyat.


Iaitu pembubaran DUN Perak adalah pilihan satu satunya yang tinggal untuk mengembalikan ketenangan dan keharmonian di Perak dan di Malaysia seluruhnya.

Bola sekarang di gelanggang istana.