Friday, May 15, 2009

MAHATHIR HARAP RAKYAT MUDAH LUPA

Assalamualaikum,

Anda masih ingat bila mana Tun Mahathir Muhamad perli orang Melayu beliau selalu mengatakan bahawa Melayu mudah lupa. itulah juga mentera yang dibaca oleh mahathiriyyun untuk memperli orang melayu dan memperli PAS terutamanya.

Tetapi hari ini Mahathir mengharapkan rakyat punyai memori yang singkat dan mudah lupa. Itu yang beliau hendakkan dan harapkan. Apa sebabnya?

Tidak lain dan tidak bukan ialah ia berkaitan dengan kemelut politik yang UMNO/BN telah tercebur di dalamnya. Mahathir mengakui daripada tinjauan dan penelitian beliau sendiri, sekiranya pilihanraya diadakan untuk menyelesaikan kemelut di Perak, UMNO/BN akan kaput.

Ditanyakan mengenai kebencian dan kemeluatan dan keloyaan rakyat terhadap UMNO/BN, beliau menjawab, harap harap rakyat mudah lupa.

Rakyat tidak lupa Tun. UMNO sahaja yang telah diserang alzheimer.

Nyanyuk.