Sunday, May 31, 2009

MUDAHNYA DAPAT TITLE USTAZ

Assalamualaikum,

Dalam tahun 1980an, Suhaimi Said, seorang peguam dan bekas pemimpin PSRM masuk PAS, dan dalam ceramah ceramah beliau, hadis man da'a ila ashobiyya meniti lancar dari mulut beliau, maka ramai aktivitis PAS yang terpesona. Dalam sekelip mata beliau dianugerah title ustaz.

Setelah beberapa onar dalam PAS, beliau sekarang, setakat yang saya tahu, berada dalam UMNO.

Begitu juga beberapa artis yang telah membuang tabiat jahiliyya dan berkecimpung dalam bidang dakwah. Orang PAS juga ramai yang terpesona. Juga anugerah title ustaz dengan mudah dianugerahkan.

Bila kerenah dan fitnah melanda, samada disengaja atau permainan jahat pihak pihak tertentu, yang tercalar dan terperenyuk ialah imej PAS.


Sampai bila nak cerdik?