Friday, June 5, 2009

THINGS HAVE CHANGED

Assalamualaikum,

Semasa membawa pelajar membuat fieldwork di Melaka, saya dapat perhatikan banyak perubahan yang telah beraku. Banyak rumah rumah orang kampung saya yang dibina daripada bahan konkrit, bukan lagi kayu. Rumah rumah yang dulunya berdiri tegak, sekarang hanya tinggal tapaknya saja,
Melaka telah melangkah agak agresif untuk memajukan sektor pelancongan. Dengan berbekalkan anugerah tidak terhingga World Heritage Site dari UNESCO, Melaka terus mempromosi pelancongan.
Banyak jalan jalan baru telah dibina yang menghubungkan tempat tempat yang dulunya tidak dapat dihubung secara langsung.
Semasa di Melaka, melilau aku mencari cyber cafe. Berhari hari tak jumpa. Nak gunakan hotel punya komputer mahal sangat charge nya. Nak pinjam broadband isteri, tak diberi pula. Cari CC tak jumpa pula. Rupanya cc ada kat melaka sentral. Bukan KL je yang ada KL Sentral, Melaka pun ada sentral, Kajang pun dah ada sentralnya. Things have changed.
Terbaca tulisan Ahmad Yamani dalam Harakah Daily, mengenai konsert Search di Terengganu. Katanya tidak ada sebarang bantahan daripada Pemuda PAS katanya. Walhal, dalam tahun 1988, semasa Search buat konsert di Terengganu, Pemuda PAS buat bantahan. Things have changed.
Muktamar PAS sedang berlangsung. Semasa menulis ini, proses pembuangan umdi sedang berlangsung. Macam mcam cerita timbul menjelang muktamar ini. Yang jelas ialah maranya golongan yang dilabelkan sebagai profesional seolah mencabar cengkaman para ustaz. Kalau perwakilan dan ahli inginkan perubahan yang sedemikian, ia patut diberi laluan. Things have changed.
Tulisan daripada penulis non Muslim juga menunjukkan perubahan persepsi mereka terhadap PAS. Mereka tidak lagi berasa takut terhadap PAS. Things have changed.
Arahkan pelajar buat kajian di kampung Morten di bandar Melaka. Penambah baikan kampung tersebut dilakukan oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan pelancongan di sana. Things have changed.
Cuma walau macam mana pun, kampung Morten tetap kerap dilanda banjir. Juga rata rata penduduk kampung Morten adalah penyokong kuat BN.
Dalam hal ini,
Things have not changed.