Tuesday, June 9, 2009

MENEMBAK LALAT DENGAN KERETA KEBAL

Assalamualaikum,


Sukar untuk memberi faham kepada orang bahawa ilmu persilatan sentiasa berubah. Lebih sukar lagi kalau ia persilatan politik. Hal kerajaan perpaduan diminta dihentikan sekarang kerana ada sebahagian elemen PAS telah mula faham bahawa kubur PAS telah digali, cuma tinggal untuk melangkah masuk sahaja ke dalan kubur tersebut.


Dalam suasana non Muslim sedang mula mempercayai dan menerima PAS, adalah amat penting bagi semua unsur PAS faham bahawa cara menangani isu juga telah turut berubah. Persilatan politik PAS mesti juga turut berubah dalam erti kata matlamat tidak berubah, cuma pendekatan sahaja yang dimodiofikasikan. Ini yang masih tidak difahami oleh sebahagian elemen PAS.

Memang PAS dan pencinta Islam tahu pendekatan yang dibawa oleh SIS adalah satu pendekatan yang kadang kala menyeleweng, salah dari segi hukum dan merugikan Islam. Tetapi untuk berada dalam persilatan politik yang baru, adalah merugikan kalau rasa tidak puas hati itu dibawa dalam muktamar PAS. Lebih merugikan bila ada perwakilanminta NGO tersebut diharamkan. Ini mengkompomkan lagi persepsi orang di luar sana bahawa PAS itu ekstrim, tidak toleran dan keras. Ia akan melarikan beribu ribu undi yang sepatutnya pergi kepada PAS.

Cukup dengan isu tersebut dibawa oleh NGO yang ditaja oleh PAS, dibahas, diseminar dihujah dan dibincang seluas dan sebanyak mungkin. SIS membuat bising dengan isu dan hujah. Maka untuk menanganinya mesti dengan menjawab isu dan menjawab hujah. Kalau didesak haramkan NGO tersebut, kenapa pula pihak pihak lain tidak boleh minta haramkan PAS?

Nampaknya persilatan sebahagian elemen PAS tidak berkembang maju dengan perubahan zaman. Pendekatan keras masih sukar di delete dalam fikiran mereka. Mereka hanya tahu menembak lalat menggunakan kereta kebal.