Friday, July 3, 2009

USTAZ AZIZAN KU: TUTUP BABI KELUAR EMAS

Assalamualaikum,

Beberapa belas tahun yang lepas, semasa kami sama membantu majlis walimah anak kepada Ustaz Dr. Daeng Sanusi Deang Mariok, Ustaz Azizan berperanan sebagai tukang masak. Jatuh bangun kelazatan makanan yang dihidangkan dalam majlis tersebut ditentukan oleh Ustaz Azizan.

Dalam satu posting, saya telah tuliskan betapa pentingnya ustaz Azizan kepada PAS sekarang dan dalam PRU 13. Baca di sini. Persilatan politik ustaz Azizan bukan sahaja membawa kesan kepada PAS Kedah, tetapi PAS keseluruhannya.

Isu penarikan diri DAP Kedah daripada PR, dan pengisytiharan ADUN DAP sebagai Adun bebas, serta penegasan Lim Kit Siang bahawa hal tempat sembelihan babi bukan isu sebenar, tetapi isu sebenar ialah ketidak pekaan pemerintahan ustaz Azizan kepada suara rakyat yang bukan daripada orang Melayu dan orang Islam.

Ustaz Azizan mesti memperbaiki perkara ini segera untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada PAS.

Walaupun berita mengatakan emas dijumpai di Pendang dan rakyat berduyun membijih emas, namun isu terburainya PR Kedah adalah satu tamparan singgah ke muka sedang ustaz membuka jurus persilatan.