Tuesday, November 18, 2008

PENTINGNYA USTAZ AZIZAN

Assalamualaikum,


Jatuh bangun PAS dalam pilihanraya ke 13 nanti akan banyak ditentukan oleh prestasi satu individu. Beliau adalah Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak. Ini adalah kerena apa yang berlaku di Kelantan lebih kurang telah dapat dibaca oleh pengundi, dan aura Tuan Guru Nik Aziz memang diakui tetapi ia telah mencapai saturation point. Lonjakan baru diperlukan untuk membolehkan PAS mengembangkan pengaruhnya lebih luas lagi.
Dengan sebab itu, prestasi yang benar benar akan mempengaruhi pengundi dan masyarakat umum ialah prestasi yang ditunjukkan oleh negeri lain yang diperintah oleh PAS, iaitu Kedah, bukan Perak. Oleh itu apa juga tindak tanduk yang dilakukan oleh Ustaz Azizan akan diterjemahkan sebagai undi kepada PAS atau undi meredumkan PAS.
Pada peringkat awal pemerintahan Ustaz Azizan, beliau telah score beberapa point yang menunjukkan prestasi yang baik. Tindakan memberi peluang rakyat Kedah menonton perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan Kedah secara percuma adalah satu tindakan popular yang memang akan diterjemah menjadi undi kepada PAS, ditambah lagi dengan anugerah tanpa disangka dalam masa singkat pemerintahan beliau Kedah telah menang tiga trofi berprestij dalam bolasepak. Ini meletakkan beliau seolah Alex Ferguson bagi Malaysia.
Setail pemerintahan yang menunjukkan kematangan dan keintelektualan menjulang prestasi Ustaz Azizan begitu baik sehingga mantan perdana menteri Tun Mahathir pun tabik kepada beliau. Oleh itu beliau harus terus melakukan pembaharuan yang akan membuka mata seluruh rakyat Malaysia.
Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku kesilapan, ia harus diakui dan diperbetul. Kita tidak mengharap dalam beribu ribu decision yang beliau akan buat sepanjang pemerintahan, kesemuanya akan betul dan melonjakkan imej beliau. Tentulah ada yang kurang popular dan ada juga yang silap. Decision mengenaikkan kuota pemilikan rumah bumiputtra kepada 50% yang beliau umumkan adalah satu decision yang silap. Sebab itu saya tidak setuju dengan pendekatan Roslan SMS yang mempertahankan decision tersebut. Bagi saya, lorong yang patut dipilih ialah retract dan perbetul semula, berbanding dengan mempertahan dan berdebat yang merugikan secara strategik.
Kita tidak perlu pertahankan tindakan Ustaz Azizan, kerana beliau akan membuat beribu ribu lagi tindakan, tetapi kita kena pertahankan Ustaz Azizan. Pertahankan beliau dengan maksud supaya apa juga tindakan yang beliau lakukan nanti akan sentiasa membawa keuntungan kepada PAS. Cuma apa yang perlu sekarang ini ialah kesedaran ini, idea ini, mestilah sampai kepada Ustaz Azizan supaya beliau mengimbangi semua tindakannya agar setiap tindakan dan decision beliau disenangi rakyat dan diterjemah menjadi undi kepada PAS.
Ustaz Azizan perlu difahamkan bahawa beliaulah sekarang ini memegang obor PAS.