Thursday, March 18, 2010

PEKERJAAN HAJI.....43

Assalamualaikum,

Dam

Sering kita dengar kalau orang bercerita hal haji atau umrah, perkara dam akan timbul. Dam ialah binatang ternakan al an'am seperti unta, lembu, kambing atau kibasy yang disembelih, atau gantinya, terdiri daripada makanan atau berpuasa yang dikenakan kepada mereka yang mengerjakan haji atau umrah.



Kenapa kena dam? Ia adalah kerana sebab sebab tertentu. Baca terus........

Jenis jenis dam:

1. Dam Tertib dan Taqdir:
Apa benda ni?

Tertib. Hendaklah dibayar mengikut susunan. Tidak boleh di substitute
Taqdir. mengikut rate yang telah ditentukan oleh syara'

Kenapa kena dam tertib & Taqdir? 1. Buat haji Tomattu' 2. Buat haji Qiran 3.Luput wuquf di Arafah 4.Tidak lontar Jamrah dengan 3 biji anak batu atau lebih 5. Tidak mabit di Muzdalifah 6. Tidak mabit di Mina 3 malam 7. Tidak berniat ihram di miqat 8. Melanggar nazar semasa mengerjakan ibadat haji.

Dam nya ialah: 1. Sembelih kambing/kibasy/1/7 lembu atau (2) puasa 10 hari, 3 masa dalam ihram, 7 lagi kat Malaysia, atau (3) bersedeqah 10 cupak makanan asasi

2. Dam Takhyir dan Taqdir:

Takhyir :boleh pilih jenis dam
Taqdir: ikut rate yang ditetapkan


Kenapa kena dam ini? 1. Menanggal atau mencabut 3 helai rambut atau bulu dari mana mana anggota badan 2. Mengerat atau memotong 3 kuku atau lebih dalam satu satu masa 3. memakai pakaian bercantum 4. Menutup kepala bagi lelaki 5. menutup muka - perempuan 6. Memakai sarung tangan 7. Menggunakan wangian 8. Meminyaki kepala atau badan 9. Bersetubuh selepas tahallul awal tetapi belum selesai tahullul thani 10. Melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji.


3. Dam Tertib dan Ta'dil

Ta'dil: menukar dam kepada berpuasa


Sebab kena dam jenis ini?

1. Bersetubuh sebelum tahallul awal

Yang ini dam nya: 1. Sembelih unta, atau 2. lembu, atau 3. 7 ekor kambing, atau 4. ganti makanan dengan harga seekor unta, atau 5. puasa mengikut bilangan cupak yang boleh dibeli dengan harga seekor unta

2. Terhalang daripada memasuki Makkah sedangkan sudah berihram:

Yang ini dam nya ialah 1. kambing/kibasy, atau 2. makanan dengan nilai seekor kambing, atau 3. berpuasa sejumlah hari sama dengan jumlah cupak makanan berdasar harga kambing.

Bila dah bayar dam, bercukur atau bergunting dengan niat tahllul.


4. Dam Takhyir dan Ta'dil

Sebab kena dam jenis ini: 1. Merosakkan pokok pokok di Tanah Haram 2. Memburu atau membinasakan binatang di Tanah Haram, samada dalam ihram atau pun tidak. Belalang pun tak boleh di binasakana



Tetapi ada juga Pak Haji yang bukan sahaja kena dam semasa menunaikan haji....

Dah balik Malaysia pun dia terus pekena dam