Sunday, August 1, 2010

GUNAKAN SEMULA DDT

Assalamualaikum,

Bila membaca berita bahawa kes denggi naik dengan mendadak di Kelantan, saya rasakan kita perlu melakukan sesuatu untuk memerangi masalah ini.

Denggi, seperti juga malaria, disebarkan oleh vektor nyamuk, aedes aegypti dan aedes albopictus.

Dengan menggunakan DDT, vektor bagi penyakit demam malaria, nyamuk anopheles telah berjaya dihapuskan.

Dan malaria telah dilenyapkan dari negara ini.

Tetapi sekarang malaria menyerang kembali, dan bukan sahaja malaria, tetapi juga denggi dan penyakit yang dibawa oleh nyamuk.

Bila USA mengharamkan penggunaan DDT, kerana ada kononnya kaitan antara penggunaan DDT dengan kematian helang jenis bald eagle, maka negara negara lain turut menghentikan penggunaan DDT. Termasuk Malaysia.

Sekarang, denggi meningkat, malaria pun kembali mengganas di Malaysia.

Adakah kita sayang nyawa helang atau nyawa manusia?



1. Untuk berabad malaria menjadi punca utama ketidakupayaan dan kematian

2. Kadar kematian bagi pesakit yang tidak dirawat ialah 10%

3. Penyakit ini boleh dikawal sekiranya pembawa penyakit, nyamuk anopheles dihapuskan.

4. Penggunaan DDT telah berjaya menghapuskan nyamuk

5. DDT- dichloro-diphenyl-trichloroethane (ClC6H4)2CHCCl3

6. Dibuat daripada chloral dan chlorobenzene

7. Tanpa warna, tanpa bau; pepejal

8. Tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organan seperti ether, acetone, benzene & carbon tetrachloride

9. Bertindak sebagai racun saaraf dan mengilat serangga

10. Digunakan untuk menghapuskan serangga yang merosakkan tanaman dan membunuh serangga pembawa penyakit seperti nyamuk yang membawa malaria dan demam kuning, serta kutu yang membawa typhus

11. Racun tinggalan adalah berkesan di tempat yang disembur untuk beberapa minggu, walau pun ia masih berkesan untuk beberapa tahun

12. Tidak berbahaya kepada tumbuhan, melainkan jenis cucumber (timun)

13. DDT mula dirumus oleh saintis German; Othmar Zeidler 1874

14. 1939; Saintis Swiss, Paul Hermann Muller menemui keberkesanannya- Muller menang hadiah Nobel 1948

15. DDT digunakan dengan banyaknya dalam perang dunia ke 2 di medan Mid dan South Pacific sebelum penaklukan dan pendudukan dilakukan

16. Selepas perang, semburan diteruskan diUSA- 250,000 kes malaria sebelum program semburan

17. 1950, DDT <>

18. Pendapat saintis 60an dan 70an mengatakan DDT adalah toksik kepada manusia dan haiwan

19. Disebabkan potensi bahayanya kepada manusia dan mergastua [bald eagle] dan hidupan air, DDT diharamkan penggunaannya di USA dalam tahun 1972; diikuti oleh Canada, Sweden dan Denmark

20. Keberkesanan DDT telah berkurang disebabkan banyak sepsis serangga membina ketahanan melawan DDT

21. Tetapi apabila DDT digunakan bersama Chlorinated hydrocarbon –keberkesannya dapat dikembalikan ADAKAH DDT DIPERLUKAN?

22. Mengikut WHO 500 juta kes malaria- 1 juta kematian

23. Peru – 1990-1996 kes malaria meingkat 7 kali ganda.

24. Kes malaria paling berbahaya meningkat daripada 140 ke 36,000 di LOseta

25. Africa Selatan: 1995 – 8750 kes, 44 kematian – 1999: 51,000 kes; 393 kematian

26. Indonesai- kes malaria semakin meningkat

27. Pandangan saintis sekarang: DDT tidak berbahaya kepada manusia

28. India: 800,000 kematian disebabkan malaria- hingga 1960an, sifar kematian

29. Sri Langka: 2.8 juta kes kurang daripada 17 kematian

30. DDT digunakan dengan banyaknya dalam aktiviti pertanian

31. Apabila penggunaan DDT dihentikan: kes malaria meningkat – Brazil dan Bolivia meningkat lebih 90% - Guyana meningkat lebih 80%

32. Ecuador menambahkan penggunaan DDT, kes malaria menurun 60%

33. Africa Selatan berhenti penggunaan DDT dalam tahun 1996, tetapi dalam tahun 1999 kes malaria meningkat

34. DDT diteruskan penggunaannya apabila lebih 400 doktor medical menulis surat terbuka diketuai oleh Amir Attaran, supaya DDT digunakan untuk menyelamatkan nyawa.