Friday, August 6, 2010

TANGAN GATAL

Assalamualaikum,

Semasa saya belajar di Universiti Malaya, pernah seorang kawan memberi tahu bahawa Ungku Aziz marah kalau orang tebang pokok pokok dalam kampus. Saya merasa hairan pada ketika itu kenapa pula dia nak larang orang tebang pokok.

Sekarang saya pun berperasaan seperti Ungku Aziz, dan saya merasa marah kalau orang tebang pokok pokok tanpa sebarang perkiraan. Setelah mengetahui peranan yang dimainkan oleh pokok pokok dan pentingnya peranan tersebut kepada khidupan kita, saya rasa memang kita perlu berkira sangat apabila hendak menebang pokok.

Apabila saya ke Singapura, terserempak dengan pasukan pekerja di bandaraya tersebut sedang trim pokok pokok yang dahannya telah menjadi penghalang. Mereka tidak tebang pokok, tetapi trim dimana yang patut.

Tetapi di Malaysia, kontraktor yang diupah oleh pihak berkuasa tempatan, kalau dapat kontrak trim pokok, bukannya di trim pokok tu, tetapi ditebang habis. Pernah saya minta PBT tempat saya trim pokok, tetapi dua minggu kemudian, pokok tu habis kena tebang.

Sebab? tentulah bayaran untuk tebang lebih tinggi daripada bayaran trim pokok. Maka, selagi ada pokok tebang je be. Itu Sebab depa tibai kat kes ini.

Mana lebih penting, kesejahteraan alam sekitar atau kesejahteraan poket sendiri?
Tentulah poket sendiri!