Tuesday, December 7, 2010

ALFIL

Assalamualaikum,

Sekitar Feb. 2003, surau tempat kami sembahyang dikepung oleh ratusan polis, pekerja PBT, pekerja bomba dan entah apa apa lagi. Kejadian sekitar 2:00 petang itu menyaksikan binaan surau tersebut yang sememang rapuh dan tidak ada mutu dirobek oleh alat pemecah pihak PBT. Surau yang sangat ala kadar itu, yang walaupun berada dilantai parkir sebuah blok rumah pangsa, didirikan solat jumaat selama ini.

Semasa binaan surau tersebut dirobek robek, dan musyaf Al Qur'an dipunggah oleh pekerja PBT yang turut disertai orang bukan Islam, kami ahli kariah surau tersebut menangis dan bersolat hajat sambil terus menerus membacakan surah alam tarakai....

Kami tahu, arahan merobohkan surau tersebut datangnya dari kuasa politik tertinggi di Selangor, serta local warlord bertaraf yb tempatan. Yang mampu kami lakukan hanyalah berdoa. Seperti Rasulullah berdoa dalam qunut baginda selama sebulan apabila para huffaz berjumlah sekitar 70 orang yang baginda kirim untuk tujuan berdakwah dibunuh semuanya oleh musyrikin.

Sambil menitiskan air mata, kami berdoa dan bersolat hajat. Hanya kepada Allah sahaja kami mengadu. Ada diantara kami yang membawa aduan itu sampai ke hadapan kaabah.

Sambil meneliti tajuk utama akhbar pada hari ini, aku bertanya, ada kaitan ke dengan doa kami?