السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Aku kira ia sekitar tahun 1960. Keluargaku yang rata rata terdiri daripada penoreh getah di estate Kong Guan akan mengumpulkan susu getah yang telah dipungut ke tempat pengumpulan yang dikenali sebagai store. Di situ susu getah akan ditimbang dan diukur specific graviti nya, untuk memastikan yang susu getah tersebut tidak dicampur dengan air untuk menambahkan kuantiti getah tu.
Bayangkan dalam bulan puasa mereka terpaksa berpanas terik sekitar jam 12:00 sampai 1:30 tengahari menguruskan hal susu getaha tersebut. Semasa memindahkan getah dari basikal ke bekas pengumpulan, mereka saling bantu membantu, dan semasa mengangkat susu getah tersebut, tubuh mereka berada dalam kadar proximity yang hampir.
Mulut Kang Daud merahang, kata seseorang, menceritakan hal bau mulut orang berpuasa yang menuang susu getah untuk dikumpulkan. Dan memang, semasa berpuasa bau mulut orang berpuasa memang merahang. Ditambah pula bau penoreh getah yang mengeluarkan getah segerap daripada mangguk penadah susu getah. Memang tersangat merahang.
Sebab itu semasa Nabi Musa diperintah bertemu dengan Allah, beliau diperintah berpuasa selama 30 hari. Pada hari yang ke 30 dan sebentar lagi saat yang dijanjikan, Musa berasa malu kerana mulutnya merahang disebabkan puasa. Maka beliau telah mengkunyah sejenis tumbuhan agar bau tersebut hilang. Tetapi Allah telah menegurnya kerana di sisi Allah bau merahang mulut orang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi. Musa didenda kena puasa tambah lagi 10 hari.
Sekiranya aku berpuasa, samada puasa ramadhan atau puasa sunat, aku tau bau mulut aku merahang. Kalau student perlu jumpa aku, dan perlu berurusan dengan aku, maka tentu sekali mereka akan terhidu bau mulut yang merahang. Aku kata pada diri sendiri, nasib kau le.
Sedangkan kentut aku bau atar, tentulah bau mulut ku yang berpuasa ni bau kasturi