السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Aku dah dengar cerita mengenainya banyak kali. Bulan Ramadhan di Masjid Haram mengalahkan musim haji. Tahun ini dengan izin Allah dapat aku dan isteri mengerjakan umrah di 10 hari terakhir Ramadhan. Memang benar apa yang mereka beritahu sebelum ini.
Semasa di sana aku ingin berwangian sebelum ke masjid Haram. Aku belek belek di kedai riyalen satu Malikat. Tanpa banyak soal lagi aku pun beli malikat tersebut. Namanya Malikat Subuh. Bayar saja 2 riyal. Apa pasal yang tulis rumi tu salah ejaan?