Sunday, September 4, 2011

ORG BERGELIMPANGAN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sebaik sampai di Masjid Nabi di Medina untuk ziarah kepada Rasulullah s.a.w. dan apabila masuk ke bahagian dalam masjid, aku rasa kaget melihat sebegitu ramai orang yang bergelimpangan di dalam masjid. Waktu itu sekitar jam 7:30 pagi. Aku sangka mereka mengantuk selepas solat subuh, tetapi 1 jam sebelum solat zohor pun aku dapati manusia bergelimpangan lagi. Hanya wakti solat sahaja mereka berdiri, sebaik seleasai solat fardhu dan solat jenazah, mereka kembali bergelimpangan.

Yang menjadikannya satu kelainan ialah mereka berkampung dalam masjid. Seolah tempat dalam masjid itu telah mereka booking. Mereka tidak melepaskan tempat tersebut yang telah sedia diseberang seberutkan dengan selimut, tempat bersandar, beg plastik, beg pelbagai rupa dan saiz serta pelbagai aksessori lain.

Apabila sampai di masjid HARAM di MAKKAH keadaan menjadi lebih teruk lagi. Jumlah mereka yang berkampung dalam masjid mencecah ribuan orang dan keadaan bahagian yang mereka conquer biasanya tempat tempat yang ada air cond.

Aku mencari cari sebab mengapa mereka dibenarkan berkampung dalam masjid. Lama baru aku faham, mungkin mereka beri'tiqaf di masjid dalam bulan ramadhan, samada sebulan penuh atau 10 hari terakhir bulan suci ini.

bergelimpangan dalam Majid Nabi