السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kereta hijau ini bukan lah kenderaan incredible hulk yang bila marah naikwarna hijau, tetapi tiba tiba sahaja kereta ini berada di porch rumah aku.
Dan pak haji baju hijau ni pun tersongeh songeh berposing dalam rumah aku ini apa ke halnya?Lepas tu tiba tiba je cik cik puan come lote ni serbu rumah aku, apa hal pulak?
Lepas posing posing depa mengendeng ngendeng dan mengesut ngesut duduk pula kat meja makan. Siapa yang pelawa mereka aku pun tak tau, tapi nampak mereka tidak mahu menginggalkan meja tersebut yang alas mejanya juga berwana hijau.
Lepas tu , patut la mereka mengendeng ngendeng kat meja makan, rupanya nak makan.Pinggan pula suma hijau
Mengapa mereka menyerbu ke rumah aku? rupanya baru aku tahu, yang icredible hulk nyorok di rumah aku. Dia nyorok dalam periuk. Itu yang cik cik puan tu kejau.
Dia tukar rupa jadi nasi lemak hijau!