Ini gambar Masjid Quba di Medina. Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w. apabila bagnda hijrah ke sana.
Aku sentiasa berdoa agar yang membaca entri ini sekiranya belum sampai ke Makkah dan Medina agar Allah permudahkan mereka menjejakkan kaki ke tempat tempat keramat ini.
Pemandangan dalam ruang solat masjid Quba. Mereka yang menziarahinya menunaikan solat sunat.
Hadis mengatakan sesiapa yang berwudhu' dari rumahnya dan apabila sampai di masjid Quba lalu solat dua rakaat, pahalanya sama seperti satu umrah
Percaya lah!