Semasa ku mengajar part time di Yayasan Anda Akademik Jalan Psntai Baru Kuala Lumpur sekitar 83-85, ada beberapa nama student yang masih aku ingat, seperti Baharadin Puteh, Shahril dan kembarnya Shahrul, Saiful dan itu aje.
Baru baru ini ada alumni ini bernama Nasarudin yang bekerja dengan Petrons menghubungi aku untuk mengirat semula saliturrahim. Dia beri tau aku, bila aku buat posting mengenai Surau Hj. Ithnin, dia pergi ke lokasi berkenaan untuk check surau tersebut.
Waduh, minatnya engkau!
Sepeninggalan Almarhum bapa aku, aku cuba hidupkan surau tersebut. Tetapi aku sendiri tidak lagi mastautin di kampung atau di solok tersebut. Hanya sebulan sekali sahaja aku menjengah ibu di kampung sambil menghulurkan monthly beliau.
Mentaliti ahli solok tersebut tidak sama wavelength dengan mentaliti aku, walau pun aku orang kampung itu, tetapi kerana telah puluhan tahun meninggalkan kampung, aku sudah dikira seperti orang luar. Orang luar tidak sepaturnya berurusan dalam pentadbiran surau.
Apabila habis tempoh jawatan yang aku pegang di surau tersebut, aku tidak akan cuba menyambungnya.