Salah satu penginggalan ayahanda ku ialah sebuah surau. Oleh kerana beliau ni orang kuat umno pernah pengerusi JKKK, pernah jadi pengerusi masjid kampung aku selama 15 tahun, maka atas tanah almarhum ini beliau minta peruntukan yang aku tidak tahu dari mana untuk didirikan surau.
Semasa hayat beliau, surau ini tidak ada nama. Apabila beliau meninggal, kami ahli kariah surau ini semuanya setuju menamakan surau ini Surau Hj. Ithnin.
Semasa umno pecah, pernah almarhum memberi tahu aku bahawa dia sekarang berada di atas pagar. Apabila hampir pilihanraya 1999, beliau umumkan kepada aku, dah masuk umno semula.Pada ketika itu kami sedang berhenti minum di satu R&R dalam perjalanan ke Singapura. Pada masa itu juga aku telefon seorang adik dan memberi tahu adik tersebut bahawa ada sorang yang dulu isytihar atas pagar sekarang sudah lompat pagar. Ayahanda aku tersenyum mendengar perbualan telefon aku itu.
Ayahanda aku ni baik dengan Ali Rostam. Pernah AR offer dia datuk, dia tolak. Aku tanya kenapa? dia jawab datuk datuk di negeri ini ada persatuan, setiap tahun ahli persatuan ini kena buat sumbangan kewangan tertentu. Mana aku ada duit nak bagi, katanya.
Ayahanda almarhum adalah pengerusi, imam, siak, bilal dan semua sekali. Semasa beliau masih hidup, setiap ramadhan aku akan berusaha untuk mengimami solat tarawih satu atau dua malam dalam sebulan ramadhan tu. Itu pun dah cukup melegakan bagi beliau, sebab pada usia yang sudah lanjut, menjadi imam solat tarawih adalah membebankan dari segi fizikalnya.
Hujung Mei lepas ada ahli kariah bagi tahu bahawa permohonan surau ini untuk dibaik pulih sudah diluluskan. Datang kontraktor untuk menilai apakah kerja kerja pembaikan yang perlu dilakukan. Hati ku berkata, bila pula aku mohon peruntukan ini.
Walau bagaimana pun, aku sediakan senarai kerja baik pulih yang jemaah mau dilakukan di surau ini.
Kau lihat tu, kipas baru dah tambah, semuga jemaah solat tarawih ramadhan ni nanti kurang la berasa hangat
Dan untuk ramadhan akan datang ini nanti, imam tarawih kami sediakan elaun khas, juga untuk bilal dan siak.
Mana ada surau kampung kokak yang sediakan elaun