Thursday, December 22, 2011

BECAUSE I LOVE YOU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa aku menghadhiri satu kursus di Pangkor mei lepas, hanya satu sahaja yang menyentuh sanubari aku. Iaitu satu slot menunjukkan komersial tv yang lepas lepas. Komersial yang dimaksudkan adalah hasil produser almarhum/almarhumah yasmin ahmad. Ia mengenai seorang anak sekitar 8-9 tahun yang malas untuk menjalankan suruhan ayahnya.
Lalu semasa budak tersebut tidur, si ayah menulis senarai perbelanjaan yang telah dibelanjakan oleh si ayah untuk si anak sepanjang umurnya, termasuk kos susu bayi, kos lampin dan bermacam macam kos lagi. Dipendekkan cerita, si ayah memberi tahu bahawa semuanya dia tidak charge kepada si anak kerana kata ayah itu dalam suratnya...

.....because I love you

Semasa aku masih mempunyai anak kecil, isteri ku bangun malam untuk menyediakan susu untuk si kecil. Waktu pagi aku lihat serpihan susu berterabur di sekitar raga termos dan susu. Aku tahu, isteriku menyediakan susu bayi dalam keadaan mata separuh tertutup kerana mengantuk, itu sebab bila dituang susu ke dalam botol susu, tidak semua susu yang masuk ke dalam botol, sebahagiannya berterabur di sekitar raga.

Semuanya yang dibelanjakan untuk si anak tidak di charge dan tidak diminta balasan...

..........because we love you