السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa aku di Penn State, Pennsylvania, sering aku dan isteri shopping di satu gedung namaya david weis. Seronok shopping di sana sebab konsepnya masih lagi belum sampai ke sini. Gedung ini terletak di sebelah ladang corn, atau jagung.
Satu hari semasa di parking lot david weis, aku lihat seorang mat salleh lelaki berserta anaknya memungut sesuatu, dan bila aku amati, dia memungut seekor mentadak mentaduk yang mungkin telah tersesat haluan dan tersadai di parking lot tersebut. Mat saleh ini mengambil mentadak ini dengan penuh cermat dan memberi tahu sesuatu kepada anaknya dan kemudian kedua dua nya berjalan ke ladang corn tersebut kemudian melepaskan mentadk tersebut ke dalam ladang itu.