السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Apabila aku buat entry pasal Temasuk.....1, maka kahum kerabat aku pun mengomen dan mengomel sampai berbuih sama seperti buih mulut labi labi. Tapi natijahnya ialah mereka hendakkan cerita Temasuk.....2
Well, masa ayahanda ku masih hidup, beliau ada membeli sekeping tanah seluas hampir dua ekar di satu tempat tersorok dan sentiasa ditenggelami air yang bernama Busut Licin. Tanah ini dibeli daripada seorang yang bernama Mat Dali.
Busut Licin ni memang la tempat jin berokestra. Kawasannya dipenuhi oleh belukar gelam, sentiasa ditenggelami oleh air dan berada dihujung dunia. Sempadannya bernama Pengkalan Badak, memang tempat tu pun dulu macam badak, pekak sepanjang masa.
Setahu aku, apabila Mat Dali ini selesai merantau, dia dan keluarganya kembali tinggal di kampungnya yang bernama Solok Jenuang. Apabila ayahanda aku telah ke rahmatullah, setelah difaraid, tanah ini diagih kepada aku. Maka aku pun pergi mencari di mana duduknya tanah ini.
Dengan pertolongan seorang kawan, akhirnya aku bertemu dengan tanah ini, yang dipenuhi semak samun tetapi pokok gelamnya telah ditebang. Aku diberi tahu oleh orang kampung yang tinggal di tepi hutan itu bahawa pokok gelam itu dicuri orang batangnya.
Semasa aku mencari duduknya tanah ini, orang ini memberi tahu aku bahawa dulu Mat Dali tinggal dalam sebuah pondok di tanah tersebut seorang diri, sehinggalah ke akhir hayatnya.
Aku berfikir fikir, bukan kah Mat Dali duduk di Jenuang? Mengapa pula dia buat pondok dalam belukar ditanah yang telah dijualnya?
Dalam aku berkira kira itu, tahulah aku jawapannya: Mat Dali ni telah
TEMASUK