Monday, December 12, 2011

TEMASUK.....1

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Beberapa minggu yang lepas, pembantu rumah membawa pulang seekor kura kura yang dikutipnya dari dalam longkang berdekatan rumah aku. Aku diam aje. Tetapi dalam hati aku berkata mengapalah kau ni baik sangat bawa bendalah tu balik.

Sibuk lah dia bela bendalah tu di paip pembasuhan luar rumah. Akhirnya setelah hampir dua minggu aku ajak dia hantarkan bendalah tu ke sungai. Tapi dia ada idea lain, dihantarkannya di tempat ia ambil dulu.


Selosai satu hal. Kura kura dan haiwan yang seangkatan dengannya akan memasukkan kepalanya ke dalam cengkerang pelindungnya apabila diganggu, seperti diketuk. Begitu juga manusia. Ada diantaranya sekiranya diketuk, atau diganggu, atau ditegur, juga akan memasukkan kepalanya ke dalam cengkerang. Tetapi oleh kerana manusia tiada cengkerang, maka cukuplah dia memasukkan dan memendam perasaannya jauh daripada orang.

Dalam bahasa biasanya dikenali sebagai merajuk. Dalam penglipur laranya dikenali sebagai batu belah batu bertangkup.

Jadi orang yang merajuk dan menjauh hati dan menghiba hati adalah orang yang temasuk. Bukan termasuk, tetapi...
temasuk