Friday, October 26, 2012

DIKEPALANYA ADA SYEIKHUL

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Senyumnya melerek panjang sambil ekor matanya memerhatikan langkahku masuk ke dalam saf. Belum pernah aku lihat Hj Mohamad Nor tersenyum begitu hebat, dengan dikulum giginya yang pada ketika itu  masih penuh.  Aku terus masuk ke dalam saf, dan solat sunat dan menunggu solat 'eidul adha di laksanakan di Thaqofah, di Sungai Merab.

Beberapa tahun yang lepas setelah selesai menjadi tetamu satu program pelajar, mereka menghadiahkan aku satu bungkusan. Bila aku balik dan buka bungkusan itu, aku dapati ia adalah serban warna hijau yang jenis yang biasanya dipakai oleh ahli kumpulan Arqam dulu.

Semasa aku membaca sirah Nabi s.a.w., Baginda sering memakai jubah warna hijau untuk solat 'eidul fitri atau 'eidul adha. Juga aku baca dalam sirah Fathul Makkah, satu bahagian tentera Islam memasuki Makkah sedang pakaian mereka serba hijau.

Lalu aku meminta almarhumah ibunda mertua ku buatkan satu jubah hijau. Setiap hari 'eidul fitri atau 'eidul adha, aku akan mengenakan jubah hijau tersebut bersama dengan serban hijau Arqam.

Tetapi selepas isteri ku buat kabinet pakaian baru, aku tidak jumpa lagi jubah dan serban tersebut. Aku tidak komplen, kerana aku sibuk memikirkan pelbagai hal yang lain.

Tujuh lapan tahun berlalu. Semasa aku memunggah lipatan kain baju lama di bahagian atas kabinet baju, secara tidak sengaja aku terserempak dengan serban hijau aku.

Oooo, ada orang sorokkan serban syeikhul aku ye!!!