Sunday, May 25, 2008

BEKALAN AIR DI SELANGOR



Assalamualaikum,






Kita telah sedia maklum bahawa kerajaan PR di Selangor akan memberikan air percuma bagi 20 meter padu pertaman kepada rakyat Selangor mulai 1 jun2008 ini. Ia merupakan hadiah kepada rakyat Selangor yang telah membuat perubahan dalam pilihanraya 2008 yang lepas.






Dalam akhbar hari ini juga kita dapat berita bahawa Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahwan bagi negeri Selangor, Yaakob Sapari ingin mengurangkan aktiviti pencerobohan hutan yang menjadi punca sumber air kepada lebih 9,000 kawasan pertanian di Tanjong Karang, Sabak Bernam, Sekinchan dan Kuala Selangor. Pencerobohan tersebut dikatakan berlaku di Hutan Simpan Raja Musa, Hutan Simpan Bestari Jaya dan Hutan Simpan Ladang Hopeful.
Apa yang ditimbulkan oleh YB Yaakob Sapari ialah bagaimana sumber air tersebut harus diurus supaya ia membantu dalam aktiviti pertanian, terutamanya penanaman padi di kawasan-kawasan yang di nyatakan tadi.
Isu berkaitan dengan sumber air yang sama pentingnya bagi negeri Selangor ialah air yang dibekalkan ke rumah. Ia bermaksud bekalan air. Negeri Selangor adalah negeri yang paling maju di Malaysia, dan dari segi permintaan bekalan air, ia juga merupakan negeri yang paling tinggi permintaan bekalan airnya, dan lebih mencabar lagi ialah pemingkatan tahunan kepada permintaan ini adalah tinggi dan bergerak laju, seiring dengan kelajuan pembangunan di negeri tersebut. Tetapi perkembangan pembangunan bekalan air tidak seiring, atau tidak mampu sederap dengan kemajuan fizikal ini.
Keupayaa bekalan air di Selangor sebenarnya berada dalam keadaan yang tidak begitu kukuh, dan perancangan yang teliti hendaklah dilakukan supaya kupayaan pembekalannya sentiasa terjamin sekurang kurangnya untuk 20 tahun akan datang.





Dalam jadual diatas diunjurkan Selangor akan menghadapi defisit bekalan air pada tahun ini, dan alhamdulillah perkara tersebut belum lagi berlaku pertamanya disebabkan cuaca membantu memudahkan keadaan ini. Hujan yang turun dalam kuantiti dan waktu yang dijangkakan membantu bekalan air dalam tahun ini berada pada keadaan stabil.


Keadaan ini sebenarnya tidak dapat bertahan lama, kerana dalam masa yang terdekat ini perkembangan permintaan bekalan air di Selangor akan meningkat ke aras yang mengatasi keupayaan pembekalannya, dan sekiranya keadaan ini tidak diperbetulkan dari sekarang, maka akan sampai masanya masaalah timbul.

Untuk tujuan tersebut, Pihak berkuasa air telah merancang apa yang dipanggil interbasin water transfer, yang melibatkan pemindahan bekalan air mentah dari Sungai Kelau di Pahang ke SUngai Langat di Selangor dengan menggunakan terowong.



Apabila berlaku pemindahan air ini, keupayaan pembekalan air di Selangor akan meningkat, sama seperti kesan pemindahan air mentah dari empangan Kelinchi ke empangan Terip di negeri Sembilan.

Apabila PR menang di Selangor, menteri besar Pahang Adnan Yaakab telah mula menyarakan gertakan untuk menghentikan projek ini, sama nadanya dengan gertakan Samy Vellu kepada Kelantan untuk menghentikan pembinaan projek lebuh raya pantai timur hanya setakat Terngganu sahaja.

Kita tahu apa yang telah menimpa Samy Vellu. Adakah itu juga akan menimpa Adnan?