Tuesday, May 27, 2008

JENAMA SHAFIE PADA PAS BANGI

Assalamualaikum,

Dalam tahun 1986, semasa PAS bertanding dalam pilihanraya umum tahun tersebut, calon PAS ialah Tuan Haji Halim, dan pada masa itu, Bandar Baru Bangi berada dalam parlimen Sepang serta DUN Dengkil. Pada masa itu PAS baru mula mencari kekuatan di situ. Dalam pilihanraya tersebut PAS telah kalah.
Dalam tahun 1990, semasa PAS berpadu tenaga dengan parti Semangat 46, kami sebagi petugas PAS Bandar Baru Bangi, telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan calon yang berkaliber, dan akhirnya kami dapat sdr Fauzi Shafie, yang berkelulusan ijazah dalam physics, yang juga pada masa itu ialah setiausaha PAS Selangor. Dengan itu bermulalah satu jenama untuk PAS di Bangi. Jenama ini saya namakan jenama Shafie.
Dalam pilihanraya 1995, Bandar Baru Bangi telah dikeluarkan dari parlimen Sepang, tetapi diletakkan pula di parlimen Hulu Langat, dan berada dalam DUN Kajang. Untuk mendapatkan calon bertanding di DUN ini juga menyebabkan kami para petugas mencari high and low untuk bakal calon, dan akhirnya kami berjaya mendapatkan seorang tokoh. Beliau ialah Dr. Shafie Ibrahim, bekas pensyarah UKM yang mempunyai secara pendidikan yang unik. Beliau adalah berpendidikan pondok, mengambil LCE , MCE dan HSC secara persendirian, dan masuk universiti secara belajar sendiri, sehingga menjawat jawatan pensyarah dan kemudian berjaya mendapatkan ijazah PhD di luar negara. Beliau juga kalah dalam pilihanraya tersebut.
Dalam pilihanraya 1999, Bandar Baru Bangi masih lagi berada dalam parlimen Hulu Langat dan DUN Kajang, dan saya adalah pengarah MTD DUN Kajang pada masa itu. Bersama Dr. Che Rosli Che Mat (sekarang YB Hulu Langat), kami mencari calon untuk bertanding di semua tempat yang kami tandingi, termasuk untuk DUN Kajang. Dr. Shafie Abu Bakar masuk PAS pada bulan Mei 1999 dan saya yang menguruskan borang kemasukan beliau dan rakan-rakan beliau. Beliau adalah bekas pensyarahUKM dan telah tamat kontrak dua tahun selepas bersara . Beliau menjadi calon pilihanraya bulan November 1999. Beliau menang dengan majoriti 37 undi.
Dalam pilihanraya 2004, Bandar Baru Bangi berada dalam parlimen Serdang dan DUN Bangi. Calon pilihanraya ialah Dr. Shafie Abu Bakar. Beliau kalah dalam pusingan ini. Pilihanraya 2008, situasi sama, calon masih lagi Dr. Shafie Abu Bakar. Beliau menang dengan majoriti 6k lebih.
Pilihanraya 2012? Saga Shafie ini akan berterusan. Siapa bakal calon Bangi? Bacaan saya ialah dua kemungkinan. (Pertama) Shafie Ngah, TYDP PAS Serdang, Pengarah MTD Bangi juga peguam civil dan syar'ie. (Kedua) Amir Hamzah Shafii, AJK PAS Serdang, Pengerusi J/Kuasa Pertambahan Ahli, dan pengedar HARAKAH terbaik di dunia.
Pandangan anda?