Monday, May 5, 2008

Kedaulatan Melayu?

Assalamualaikum,

Lanjutan daripada apa yang terbit dari perbincangan dalam Kongres Permuafakatan Melayu yang diadakan di Johor Bharu pada 2 dan 3 mei 2008, maka timbullah idea untuk mengenengahkan sesuatu yang dinamakan Kedaulatan Melayu. Sebenarnya penganjur perjumpaan ini dan juga mereka yang sealiran dengannya masih lagi tercari-cari apakah yang sebenarnya yang dikehendaki oleh naluri mereka. Pada satu masa mereka melaung laungkan ketuanan Melayu, pada tahun 1999 sewaktu hampir dengan pilihan raya umum ke 10, mereka melaungkan survival Melayu dan senarai ini akan terus menerus ditambah dan ditambah.

Cuma yang nyata dari apa yang boleh diperhatikan di sini ialah kesemuanya mempunyai sikap racist, iaitu satu sikap hodoh yang mengagungkan bangsa, walaupun berada di pihak salah, zalim dan kejam. Dari apa yang dilaporkan hasil daripada perbincangan kongres ini ialah mereka semuanya menyatakan pandangan yang mempunyai racist overtone. Sikap hodoh dan pandangan hodoh yang memalukannya didokong oleh cendikiawan yang berpaut pada dagu UMNO. Kalau UMNO kalah dalam pilihanraya maka sibuklah mereka menjaja kuih racist melayu dengan mengatakan bahawa ketuanan Melayu telah terhakis, kuasa politik Melayu telah terhakis, hak istimewa orang Melayu seperti yang dijamin oleh perlembagaan Malaysia dicabar dan sebagainya.

Apabila UMNO kalah dalam pilihanraya, maka mereka pun berkokok supaya orang Melayu bersatu. Pada mereka bersatu itu hanya boleh dibuat dengan satu cara sahaja, iaitu sokong UMNO, kalau tak sokong UMNO maknanya orang Melayu tidak bersatu dan berpecah belah. Apabila orang Melayu berpecah belah mengikut tafssiran mereka, maka masa hadapan orang Melayu akan malap semalapnya.

Tetapi apabila UMNO menang, dan ramai daripada Melayu yang berada didalam UMNO itu melakukan pelbagai kesalahan sehingga boleh merugikan massa Melayu, puak-puak ini diam tidak berdecit. Siapakah yang menumbangkan Bank Bumiputra, kalau tidak mereka yang berada dalam UMNO? Siapakah yang menjadikan bahasa Melayu melukut kalau tidak UMNO sendiri? Siapakah yang menjadikan Islam, ugama yang dianuti oleh orang Melayu sebagai satu ugama tempelan sahaja kalau tidak UMNO? Siapakah yang menyebabkan masalah sosial di kalangan remaja Melayu semakin meruncing dan parah kalau tidak UMNO?Siapakah yang mendatangkan budaya hedonisitik yang menjadikan ramai orang Melayu lebih berfoya foya? Siapakah yang mendatangkan budaya makan percentage dalam projek pembangunan sehingga menyebabkan sebahagian orang melayu yang ada kabel UMNO kaya, tetapi yang berusaha secara benar merempat? Siapakah yang menyebabkan rasuah semakin menjadi jadi di Negara ini kalau tidak UMNO? Siapakah yang menggunakan akta penambilan tanah dan kemudian membeli tanah orang Melayu dengan harga lebih murah daripada sekeping karipap bagi sekaki persegi tanah dan kemudian menjual tanah tersebut kepada bangsa lain dengan harga beratus kali lebih tinggi kalau tidak UMNO?

Bagi kumpulan ini, kesemua ini boleh dimaafkan sebab mereka Melayu dan mereka menang pilihan raya. Sebab itulah bagaimana besar pun kesalahan yang dilakukan, selagi taat kepada UMNO dan pemimpin UMNO, maka atas nama Melayu, mereka sedia diampunkan?
bersambung.......