Tuesday, May 6, 2008

Sambung....Kedaulatan Melayu

Kalau kita baca resolusi Kongres Permuafaktan Melayu seperti yang didapati dari Utusan Malaysia, jelas sekali mereka yang berjuang untuk kedaulatan Melayu ini bersikap sangat racist dan sekular. Pada poin Perlembagaan dan Politik jelas mereka bermatian mau mempertahankan perlembagaan Malaysia daripada dipinda yang mana hasil pindaan tersebut boleh melemahkan kedudukan orang Melayu. Tetapi semasa perlembagaan Malaysia dipinda untuk menghadkan kedudukan raja-raja sebelum ini tidak ada pun mereka menyuarakan bantahan. Malah, perlembagaan Malaysia itu sendiri menjadi satu dokumen yang jatuh keluhurannya apabila sekarang ini ia menjadi perlembagaan yang paling banyak mengalami pindaan di dunia.

Sebarang usaha untuk mendaulatkan Melayu tanpa mendaulatkan Islam adalah sesuatu yang tidak boleh mendatangkan hasil yang baik. Malah kalau kita baca resolusi mereka mengenai Islam kita akan menjadi ketawa kerana sifat kebadutannya. Resolusi tersebut ingin menghadkan pembinaan rumah ibadat ugama lain, tanpa menyedari UMNO telah banyak merobohkan surau dan merampas masjid semata-mata kerana pandangan politik yang berbeza.

Dicadangkan di sini agar mereka yang berjuang atas chauvanisme Melayu ini meninggalkan pegangan tersebut dan ambillah kesederhaan Islam untuk menjamin ketuanan Melayu atau kedualatan Melayu. Sebab utama ialah rakyat telah beralih pegangan politik, daripada politik perkaumanan kebangsaan Melayu UMNO kepada kesyumulan Islam yang diterajui PAS dan kesamarataan dan keadilan sosial yang diterajui oleh kesemua komponen Pakatan Rakyat. Kegerunan mereka kepada Malaysians’ Malaysia adalah satu fatamorgana yang bersifat sangat ilusi yang hanya wujud disebabkan dakyah sendiri yang telah menebal dalam fikiran.

UMNO dan chauvanisme Melayu adalah sebuah kapal yang sedang tenggelam. Rakyat telah berpindah kepada kesyumulan Islam dan keterbukaan keadilan sosial semua kaum. Untuk terus berada dalam kapal UMNO adalah satu pilihan suicidal.