Monday, May 19, 2008

MAHATHIR KELUAR UMNO!

Assamulaikum,

Saya mendengar dari Radio IKIM bahawa Tun Dr. Mahathir telah keluar UMNO. Alasan yang diberikan ialah ia hilang kepercayaan kepada pimpinan sekarang untuk membela nasib orang Melayu. Anda jangan pelik tentang perkara ini, hal keluar masuk parti telah biasa bagi Dr. M, dan juga perkara yang sering dilakukan oleh orang politik.
Apa yang ingin saya majukan kepada anda untuk buat renunati gan anda ialah sekiranya berlaku kejadian di mana Dr.M meninggal dunia, maka beberapa perkara ini mungkin anda hendak rekodkan. Dato' Onn Jaafar, yang menubuhkan UMNO, tidak mati dalam UMNO. Dia mati dalam Parti Negara. Tunku Abdul Rahman, yang juga pemimpin ulung UMNO, tidak mati dalam UMNO, tetapi ia mati di luar UMNO, kalau rekod saya betul, dia mati sebagai ahli Semangat 46. Kalau keadaan Dr.M ini berterusan sampai ke akhir hayatnya, maka dia juga akan mengikut dua tokoh terdahulu tadi.
Untuk makluman anda juga, Al marhum Dato' Asri, bekas YDP PAS, tidak mati dalam PAS. Setakat rekod saya yang saya ketahui, beliau mati dalam UMNO.