Sunday, May 18, 2008

TULISAN JAWI DI SELANGOR

Assalamualaikum,

Akhbar hari ini melaporkan bahawa menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan bahawa tulisan jawi akan menjadi satu mata pelajaran tambahan di sekolah sekolah ugama di Selangor. Saya ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan baru negeri Selangor kerana berusaha mengembalikan semula kepentingan tulisan jawi yang sejak 50 tahun ini telah dicabut oleh UMNO/BN.

Seperti dalam post saya sebelum ini, saya memang berpendapat bahawa tulisan jawi ini tidak boleh dikesampingkan peranan atau keutamaannya, malah tulisan ini hendaklah dijadikan alat supaya ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan bernegara di Malaysia ini. Langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor sekarang adalah amat sesuai dalam usaha mencapai matlamat ini.

Kalau sebelum merdeka semua tulisan dalam Bahasa Melayu dilakukan dalam tulisan jawi, dan ia telah berjaya dilakukan, maka saya rasa tidak ada sebab tulisan tersebut tidak dapat dikembalikan kegemilangannya. Sebab utama yang mendorong saya berpendapat begini ialah tidak lagi ragu dalam diri saya bahawa tulisan jawi akan merapatkan dan menjinakkan penggunanya dengan Al Qur'an, kerana tulisan dalam Kitab tersebut menggunakan huruf huruf Hijaiyah Arab yang turut sama digunakan oleh tulisan jawi. Jadi kalau tahu tulisan jawi, maka keakraban insan tersebut dengan Al Qur'an pasti terjalin.

Keterbiasaan ini atau familiarity , akan memudahkan roh Al Qur'an masuk ke dalam insan yang menggunakan huruf hurufnya dan dengan itu kita harapkan masyarakat kita di Malaysia, terutamana orang Melayu dan bumiputra serta orang Islam dari kumpulan etnik yang lain akan turut menjadi celik Al Qur'an dan dengan itu akan mudah menerima ajaran Al Qur'an, kalau tidak pun akan berlembut dengan Kitab tersebut.

Kalau sekiranya orang bukan Islam menggunakan tulisan jawi dalam urusan mereka, maka dengan ini kita membuka satu ruang dakwah yang besar dan berkesan untuk memungkinkan hidayah disampaikan oleh Allah kepada mereka. Ini adalah satu bonus yang sangat besar yang mesti direbut oleh setiap Muslim di mana sahaja.

Sebab itu saya terus berpendapat bahawa satu definisi mesti memisahkan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia, atau Bahasa Indonesia, kerana kedua-dua bahasa tersebut, iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah mengambil unsur nation-state yang melibatkan politik dan kedaulatan dua negara berkenaan. Sedangkan Bahasa Melayu melangkaui keterbatasan nation-state ini, kerana ia diguna pakai di seluruh Nusantara yang merangkumi Indonesia dan Malaysia,Brunei, Singapura dan Filipina, ditambah lagi dengan penggunaannya di Thailand, Kampuchea, Burma, Vietnam, Sri Lanka, Afrika Selatan. Bahasa Melayu yang di gunakan oleh mereka yang diluar daripada lingkaran Malaysia,Indonesia, Brunei dan Singapura adalah bahasa Melayu yang di tulis dalam tulisan jawi. Dengan itu keperksaan tulisan Jawi masih lagi utuh di tempat-tempat ini.

Saya menghormati dan menyanjung usaha menjadikan tulisan jawi sebagai satu mata pelajaran di sekolah-sekolah ugama di Selangor oleh kerajaan negeri Selangor sekarang, namun saya masih lagi mempertahankan pendapat bahawa program-program pengajian Melayu di institusi pengajian tinggi di Nusantara ini mestilah menggunakan semua tulisan mereka dalam tulisan jawi. ini adalah kerana hanya apabila institusi pengajian tinggi menggunakan tulisan jawi, maka barulah pentingnya tulisan jawi itu boleh disyaratkan kepada mereka yang ingin mengikuti program yang ditawarkan oleh institusi berkenaan. Dengan ini, aktiviti menjadikan tulisan jawi akan mendapat momentum baru untuk berkembang.

Tidak diketepikan juga peranan keputusan politik ini mengembalikan keagungan tulisan jawi ini penting. Keputusan yang dibuat di negeri Selangor jelas menunjukkan suara po;itik atau political will yang boleh merea