Wednesday, July 23, 2008

GEAR BOX

Assalamualaikum,

Belas dan hiba yang teramat sangat dalam hati saya apabila dapat tahu yang Perdana V6 yang digunakan oleh Exco kerajaan negeri Terengganu sering mengalami masalah gear box. Atas alasan inilah kerajaan negeri yang terkenal dengan hemah berjimat cermat terpaksa juga dengan berat hati membeli Mercedes bagi menggantikan Perdana V6 tu.
Sepatutnya dan semestinya Proton menghantar technician khas ke Terengganu untuk mengatasi masalah tersebut, kerana customer penting tersebut mesti dibelai sebaik mungkin. Sebabnya Proton Perdana V6 tu yang di Terengganu sahaja rosak gear boxnya. Yang di negeri-negeri lain tidak pula. Ini menunjukkan ada asas untuk mengesyak sesuatu dilakukan untuk menjatuhkan nama baik Terengganu. Dengan itu pembelian Mercedes untuk menggantikan Perdana V6 sangat-sangat kena pada tempatnya dan sangat molek tindakan tersebut.
Lebih molek lagi kalau semua Perdana yang memberi masalah besar kepada exco Terengganu itu diambil gear boxnya dan dihantar ke Bandar Baru Bangi.
Di Bandar Baru Bangi orang makan sup gear box