Sunday, July 20, 2008

MUZAKARAH PAS-UMNO

Asssalamualaikum,

malam ni di beritakan bahawa telah berlangsung 3 pertemuan antara PAS dan UMNO. Dan yang membuat pengumuman itu ialah tidak lain dan tidak bukan AA Badawi. Katanya telah bertemu dengan tiga pemimpin kanan PAS, tetapi tidak dinyatakan siapa dia. Juga tidak dinyatakan siapakah yang di pihak UMNO pula. Samada benar atau tidak pertemuan, atau yang lebih ghairah lagi bagi UMNO muzakarah, ini berlaku, tidak dapat dipastikan. Sumber PAS pun tidak dapat memastikannya.
Katanya yang menjadi pusaat perbincangan ialah artikel 153 dalam perlembagaan malaysia, mengenaihak istinewa orang melayu, dan juga tentang kontrak sosial, yang sering mereka hamburkan, tetapi tak ada satu dokumen pun mengenainya. Juga katanya bincang pasal Islam, supaya Islam itu tidak dijadikan bahan politik.
Tetapi dalam semua perbincangan ini TG Nik Aziz(TGNA) tidak mengambil bahagian. Dalam hal sepenting ini, kalau Mursyidul 'Am (MA) tak hadhir, maka apa yang berlaku ialah sembang kedai kopi sahaja. Juga saya tertarik dengan komen TGNA, iaitu, beliau tidak mahu berbincang dengan UMNO, kalau ada pemimpin PAS yang hendak berbincang, maka berbincanglah dengan individu dalam UMNO. Itu ok, katanya. Maknanya, TGNA tidak merestui apa yang cuba digembar gemburkan oleh UMNO sebagai muzakarah. Kalau hendak bermuzakarah, ia mestilah dilakukan secara formal dengan tatacara yang tertentu. Saya percaya pertemuan itu berlaku. Tetapi pertemuan tersebut bukan muzakarah, dan ia tidak membawa apa apa ikatan kepada PAS atau UMNO. Ia cuma satu pertemuan yang menghabiskan boreh.
Mengapa UMNO beriya-iya mahukan muzakarah?Mengapa ia mahukan muzakarah iru sekarang?Mengapa artikel 153 itu penting bagi UMNO? Mengapa kontrak sosial itu penting bagi UMNO?Apakah implikasinya apabila yang mengumumkan berlakunya pertemuan tersebut ialah presiden UMNO sendiri?Mengapa TGNA tidak diajak sama dalam pertemuan itu?Siapa pemimpin kanan PAS yang telibat dalam pertemuan tersebut?
Anda ada jawapannya?