Thursday, July 24, 2008

PENING LALAT

Assalamualaikum,
Sekitar 1988, PAS memperkenalkan satu tema muktamarnya sebagai Tajdid Hadhari. Pada masa mula mendengar istilah tersebut, saya tak faham walau sepatah pun, tetapi disebabkan semua orang di kalangan kawan-kawan saya yang PAS memperkatakannya, maka saya pun bersama dengan perbualan mereka seolah olah saya faham benar dengan istilah tersebut.
Kemudian datang komen dari orang bukan PAS, saya rasa komen tersebut datangnya dari Aliran, mereka mengatakan PAS tidak sepatutnya menggunakan istilah-istilah yang sukar difahami oleh orang ramai, kerana mereka tidak memahaminya. Pada ketika itu saya sangat marah kepada Aliran, kerana berani sekali menegur Pimpinan kami.
Tetapi apabila UMNO memperkenal dan mempromosi Islam Hadhari, maka bukan sahaja rakyat tidk faham, tetapi orang UMNO sendiri pun tak faham. Sekarang saya boleh menerima hujah Aliran tersebut, iaitu, istilah yang jarang digunakan, kalau tak kena pada tempatnya, bukan membantu, tetapi membantut. Walau pun kadang kadang ego saya tetap mahu mengatakan bahawa PAS mendahului UMNO dalam bab hadhari ni.
Semalam kita diperdengarkan pula dengan istilah muqabalah, yang membawa maksud bersemuka, sebelum itu mubahalah, iaitu bersumpah jahanam, dan dua tiga hari ini kita dibuai dengan istilah muzakarah. yang mana, muzakarah ni kita dah selalu dengar.
Apa yang ingin saya ketengahkan ialah: orang awam atau terasa lebih selesa kalau ada perkataan yang mudah, maka yang mudah itu digunakan. Kalau tidak, dari hadhari kepada muzakarah, kepada mubahalah, kepada muqabalah; tetapi yang pastinya ialah kita tak selesai berbalah.
Juga saya ingin bersuara kepada pimpinan PAS, kalau nak bersemuka, lakukanlah dari position of strength dan secara terbuka dengan disaksikan oleh orang ramai. Kalau tidak kita akan menjadi seperti kera, tercanguk canguk di luar dewan kuliah universiti malaya, tapi tak dapat tak diterima menghadhiri kuliah.