Saturday, July 19, 2008

GENCATAN SENJATA DI SELATAN THAILAND

Assalamualaikum,
Tiba tiba muncullah tiga badut di tv selatan Thai yang mengarahkan semua kegiatan yang selama ini dilabelkan sebagai keganasan diberhentikan. Kemudian ketiga tiga badut itu tidak dikenali oleh orang ramai. Sebelum daripada ini kita telah dengar cerita yang diceritakan oleh orang Islam selatan Thai mengenai layanan kerajaan Thai terhadap mereka.
Semasa saya berekunjung ke Tak Bai 20 tahun dahulu kerana membeli belah, kesempatan yang ada saya gunakan untuk bertanya khabar kepada kenalan di situ. Dia menceritakan apa yang berlaku kepada orang kampungnya. Polis Thai pada ketika itu membuat tawaran kepada mereka yang berada di kampung untuk pergi ke balai supaya proses membersihkan diri mereka, agaknya supaya tidak disenarai sebagai puak penentang boleh dilakukan. Sesampai di balai, tidak ada soal siasat, tetapi peluru terus menembusi mereka. Cerita hanya diketahui daripada mereka yang terselamat.
Kemudian kita semua tahu kezaliman yang berlaku di masjid Keresik. Mereka yang membantah dan membuat demo telah ditangkap, tangan disilang ke belakang, dan dicampak dalam trak tentera secara bertimpa, sehingga ramai yang mati kelemasan sebab berasak-asak dalam ruang yang sempit.
Sekarang mereka mengatakan arahan dikeluarkan semua semua bentuk penentangan dihentikan. Sekiranya anda rakyat Thai selatan, adakah anda percaya dengan berita ini?
Mekanisme yang sama beroperasi dalam kes liwat 2 DSAI. You buy the story?