Monday, July 14, 2008

PAS ADALAH SINE QUA NON KEPADA PR

Assalamualaikum,

Media yang dikuasai oleh BN sedang dalam satu rangka untuk membentk public opinion untuk mempercayai yang kedudukan PAS dalam PR sudah goyah dan seolah-olah PAS mahu meninggalkan PR. Mingguan Malaysia misalnya mengeluarkan tulisan-tulisan oleh penulis picisan yang cuba mengenengahkan persepsi bahawa PAS sudah tidak sebulu dengan PR dan juga PKR dan kemudian cuba pula menjaja idea supaya PAS berbincang dengan UMNO. Ini adalah indikasi politik bagi kaum yang terdesak.
Saya berasa lega apabila Mursyidul 'Am PAS dalam laporan media harian hari ini menyatakan bahawa hubungan antara PAS dengan PKR belum sempurna dan perkara-perkara detail masih lagi perlu diselesai dengan sermat dan tabah. Ini kerana lewujudan PR dan salingkaitan antara tiga komponen tersebut masih lagi di peringkat awal.
Memang masih terdapat perbezaan budaya dalam ketiga-tiga komponen PR ini. Budaya PAS boleh saya sifatkan sebagai budaya Tok Lebai, iaitu suka kepada ugama, dan terikat dengan pantang larang Islam dan menjaga akhlak Islam. Budaya ini yang dikatakan oleh segelintir pihak samada lawan atau kawan sebagai keras. PKR mempunyai budaya yang mirip dengan budaya UMNO, minus sikap membujur lalu melintang patah dalam hal fulus yang terserlah dalam UMNO. DAP membawa budaya non Muslim, dengan elemen sosialisme. Jadi, dalam DAP, minum arak, jual arak tu kira ok. Dalam PKR berkonsert waktu magrib tu kira ok. Kan dalam PAS semua tu adalah satu no no.
Tetapi ada poin di mana mereka bertiga ini saling memerlukan antara satu dengan yang lain.Di sinilah poin di mana mereka boleh bekerja sama, dan meraih kentungan politik. PAS mempunyai kekuatan penting yang tidak dipunyai oleh komponen lain dalam PR, iaitu itu ia mempunyai ahli yang komited dan penyokong yang tetap setia dalam jumlah yang ramai. Jadi jentera PAS adalah lengkap. PKR tidak mempunyai unsur ini. Sebab itu untuk melantik ahli majlis dalam Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor, kerajaan PR mengambil masa lebih 100 hari untuk melakukannya. mengapa tidak dilakukan secepat yang mungkin? Kalau perlantikan ini lambat dilakukan, seperti yang berlaku sekarang, maka, ada hal pentadbiran yang terjejas dan mungkin boleh mengakibatkan kerugian. Juga ada pihak yang mungkin mengambil kesempatan daripada suasana power vacuum ini dengan melakukan pelbagai perkara. Contoh yang paling menonjolkan ialah mencuri pasir. Kalau satu hari 100 lori pasir dicuri dari khazanah negeri Selangor, berapakah jumlahnya dalam masa 100 hari?Berapakah nilainya dalam bentuk RM?
Mengapa perlantikan ini lambat dilakukan? PR telah memberi beberapa alasan, tetapi orang tahu bahawa PKR tidak mempunyai personnel yang hendak dimasukkan dalam senarai yang perlu di isi. Jadi untuk mencarinya, masa yang panjang diperlukan. Sedangkan PAS mempunyai ramai batang tubuh yang boleh mengisi jawatan-jawatan ini, tetapi kuota tidak mengizinkan ia digunakan.
Begitu juga dengan DAP. Kita tahu bahawa DAP telah tersilap baca politik dalam pilihan raya yang lepas di Perak. Kalau sekiranya ia tahu ia boleh menang sedemikian di Perak, pastilah ia akan meletakkan calonnya dari kalangan orang Melayu seperti yang pernah dilakukannya dulu. Kalau itu yang dibuat semasa persiapan pilihanraya yang lepas, sudah tentu jawatan menteri besar negeri Perak akan dipegang oleh orang Melayu berugama Islam dari parti DAP.
Jadi setiap komponen ada kekuatan dan kelemahannya. PKR ada Anwar Ibrahim, yang ternyata boleh menyatukan semua kumpulan etnik di Malaysia dan kemudian menterjemahkannya dalam bentuk undi. PAS telah sekian tahun berusaha untuk mendapatkan formula ini, tetapi terus gagal. Masuk Anwar Ibrahim, tiba-tiba formula yang dicari-cari itu sampai dan menjadi. DAP hanya laku di kalangan non Muslim, dan sangat phobia dengan idea Islamic State yang menjadi cita-cita PAS. Luka DAP hasil daripada propaganda BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya 1999 masih lagi terasa milu dan pedihnya. BN mengatakan one vote for PAS, one vote for Islamic State. Hasil daripada kempen ini Lim Kit Siang, Karpal Singh kalah dalam pilihan raya tersebut. Mereka berdua ni mengetip gigi kegeraman dan kemarahan, kerana berkerabat dengan PAS.
Tetapi DAP memerlukan undi orang melayu dan orang Islam sekiranya memerlukan kemenangan yang lebih besar, maka untuk mendapatkan undi tersebut, hanya pengundi PAS sahaja yang boleh memberikannya kepada mereka. Jadi mereka lebih memerlukan PAS. Dan pengundi PAS telah memberi undi mereka kepada DAP. Perubahan ini turut menyebabkan persepsi parti bersikap keras yang dipalitkan kepada PAS terburai. Non Muslim dan non Malays telah tidak gentar lagi memberikan undi mereka kepada PAS, sehingga PAS mampu menang di kawasan kawasan yang didiami oleh ramai golongan ini. PKR memerlukan PAS untuk menjalankan jentera pilihan raya dan juga jentera pentadbiran. Kalau sekiranya PAS menarik diri dari daripada tugas ini, maka akan wujud satu vacuum yang sukar diisi oleh PKR. Ia mungkin boleh diisi kalau berlaku pilihanraya kecil, tetapi dalam pilihanraya umum, PKR tidak termampu untuk mengisinya. Jadi dalam semua perkiraan, setiap komponen memerlukan satu dengan yang lain.
Tetapi PAS bersifat sine qua non dalam pakatan ini