Saturday, July 5, 2008

KURAP DAN BALA

Asslamualaikum,

Selepas membaca blog yang menyiarkan sidang akhbar mengenai akuan bersumpah Balasubramaniam pada 3 Julai, saya berkata pada diri saya sendiri, jangan Bala ni pekene Anwar Ibrahim (DSAi), sudah! Juga dalam satu sebelum daripada ini saya ada menyatakan minggu-minggu kehadapan ini adalah menyeronokkan. Sedikit demi sedikit ia sedang tersingkap.
Semasa DSAI diserkupkan dengan tuduhan liwat pertama(L1) dalam tahun 1998, seorang rakyat Malaysia berketurunan India bernama Datu Nilakurapan dikaitkan dengan isu tersebut. Orang ini diancam dengan hukuman mati kerana dituduh memiliki senjata api secara tidak sah, melainkan ia bersetuju bekerjasama dengan pihak menuduh. Ia bersetuju, dan lepas dari ancaman mati, dan sekarang telah masuk BN.
Dalam siri liwat kedua ini, DSAI telah dihampiri oleh Balasubramaniam dan telah membuat sidang akhbar mengenai akuan bersumpah yang dibuat oleh orang tersebut. Semalam orang ini menarik balik akuan bersumpahnya. Dan perjalanan isu liwat kedua ini (L2) mengambil satu selekoh lagi yang mendebarkan.
Yang nak saya kaitkan di sini ialah dalam kedua dua L1 dan L2, seorang rakyat Malaysia keturunan India memainkan peranan. Dalam L1, orang tersebut telah menjadi lawan kepada DSAI walaupun masa glamour DSAI mereka adalah kawan. Dalam L2, muncul satu lagi karektor yang memain peranan yang sama, dan kelihatan DSAI juga termakan oleh umpan awalan yang diberi oleh orang ini.
Anda jangan risau. Perjalanan cerita ini masih jauh, dan simpang serta selekoh yang perlu dilaluinya masihlagi banyak. Saya nampak DSAI mengatasi segala halangan tetapi tetap calar dan luka.
Cuma bala akan menimpa kepada pembawa bala dan kurap akan hinggap kepada pembawa kurap.