Friday, July 4, 2008

POLITIK SEMASA YANG KIAN MENDEBAR

Assalamualaikum,
Perkembangan politik pada hari ini semakin mendebarkan, tetapi ia boleh dianggap menyeronokkan kerana ada pihak yang berani tampil kehadapan untuk memberi makluman kepada rakyat Malaysia perkara-perkara yang dulunya akan bersemadi di bawah karpet. Seperti yang saya tuliskan beberapa hari lepas, selekoh dan simpang yang diambil oleh perkembangan politik semasa kelihatan seperti sebuah skrip yang telah disediakan, dan perkembangan politik ini mengikut apa yang telah diskripkan.
Pelbagai pihak telah membuat komen dan ulasan, tetapi ulasan dari mufti Perlis, yang sekarang ini seolah-olah Malaysia mempunyai seorang mufti sahaja, agak melucukan.Selain daripada itu, saya juga melihat kesamaan antar Ezam dengan nakhaie. Kedua-duanya telah melompat dari parti lain masuk UMNO. Semasa Nakhaie mula masuk UMNO, dia dipromosi begitu hebat, tetapi akhirnya sekarang melukut. Ezam juga sekarang dipromosi begitu hebat. Akan sampaikah masanya bila dia berada di tepi gantang?